Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Ceritera Aku

AKU




       ~Sungguh indah sekiranya hidup aku seperti  insan lain. Penuh dengan kasih sayang dari kedua-dua syurga bagi seorang anak...

"Bang, janganlah ambil anak saya! Tolonglah bang!" Rayu seorang wanita demi meneruskan hidup bersama anaknya.

"Ah, ada baiknya aku ambil anak kau ni daripada membesar jadi jalang seperti kau!" Tengkingan sang lelaki itu bagai sedang menyiat inti hatinya satu persatu.

Masa tidak mungkin aku mampu untuk putarkannya kembali. Kisah aku hanyalah cebisan memori kecil masa lampau aku. Aku bukanlah seorang insan yang kuat mampu memadamkan memori walau hanya secebis. 


"Zara, kau termenung apa lagi? Jom, nanti lewat pula kita sampai," panggil satu suara.

ya, inilah kisah aku, yang tiada siapa mungkin kenalpasti siapakah aku setelah sekian lama memendam emosi ku dengan kekuatan hatiku untuk meneruskan hidup dan harapan satu jiwa.


5 bulan yang lepas,

      ~"Aku harap, kisah lama kau, tak usah lah dikenangkan lagi.Yang sekarang biarlah kau hadapi dengan penuh harapan untuk masa depan kau," Serin, sahabat baik aku yang sentiasa memberikan nasihat buat aku supaya aku tidak tenggelam dalam masa lampau yang kelam bagiku.

Benarlah kata sahabatku itu. Sekiranya aku sentiasa menungkan awan hitam masa lampau ku, nescaya aku akan sentiasa dibayangi dengan ceritera lalu . Aku bersyukur kerana tuhan memberikan seorang insan yang mampu memegang erat tanganku sehingga aku benar-benar berada diatas landasan dan paksi yang lurus.

Tetapi adakalanya aku sendiri yang mengizinkan awan hitam itu membayangi aku. sungguh aku hanyalah insan yang lemah.

Tidak aku menyangkakan aku adalah anak seorang jalang yang sentiasa diucapkan oleh bibir ayahku yang tidak ubah seperti orang yang tidak beriman dan beragama.Kerana lihatlah dia sendiri, pada malam hari pulang dalam keadaan yang mabuk.

Aku sendiri tidak percaya siapakah yang 'jalang' sebenarnya. Ibuku? Aku tidak tahu dimanakah keberadaannya selama aku membesar.

Setiap kali aku mempersoalkan dimanakah keberadaan ibuku kepada ayahku,

"Kau tak payah lah nak jumpa dengan jalang tu!" Tengkingannya acap kali terngiang sehingga aku lelah lagi menyoalnya.

Soalanya sekarang ini, dimanakah ibuku? Aku yakin, ibuku masih lagi hidup. Zalim sungguh seorang lelaki seperti ayahku. Aku berharap suatu hari nanti aku dapat bersemuka semula dengan insan yang telah melahirkanku.



        ~"Penatnya!" Mulutku menguap entah yang ke berapa kali setelah aku pulang ke rumahku. Sungguh penat tak terkata program yang dijalankan oleh alumni fakulti ku itu. Tetapi jerihku untuk ke program tersebut berbaloi lah juga untuk mengutip pengalaman sekiranya aku bergelar alumni di kemudian hari.

Aku merenung jam yang tergantung di dinding bilikku. Jam telah menunjukkan 11:30 malam. Seperti biasa aku berseorangan lagi di rumah pada waktu-waktu sebegini. Ayahku? Seperti biasalah pulangnya hampir ke waktu subuh membuka tirainya.

Ketika mataku ingin memejamkan kelopaknya kerana keletihan, aku terdengar loceng rumahku dipicit berkali-kali. Aku tidak rasa orang itu berniat jahat. Masakan perompak atau orang yang berniat jahat memicit loceng rumah?

Tanpa ragu-ragu aku mencapai tudung sarungku dan menuruni anak tangga rumahku satu-persatu di dalam gelap yang kelam. Lantas aku membuka pintu dan melihat empunya badan di sebalik jejari pagar.

'Eh, itu seperti lampu siren polis?' Tanpa meneruskan teka-teki hatiku itu, aku terus melajukan langkah ke arah pagar utama rumahku.

"ye encik, ada apa ye?" Soalku penuh hormat kepada pegawai polis yang menungguku tadi.



              ~Di luar wad kecemasan terasa sunyi sepi tanpa sebarang pergerakan. Aku hanya mampu berteleku di kerusi luar tiada sebarang perasaan sedih mahupun takut menjengah emosiku . Aku cuma... keliru, adakah patut untuk aku bersedih? Atau mungkin gembira dan sebaliknya? Sungguh masa berlalu begitu cepat tanpa sedar seorang doktor wanita berdehem untuk memberitahu kondisi ayahku di dalam wad sana.

Setelah aku dibenarkan masuk untuk melihat ayahku, aku hanya memandangnya tanpa rasa. Patutkah aku untuk tidak rasa sedih apabila melihat ayahku dalam keadaan yang sangatlah teruk. Adakah aku perlu menitiskan air mata untuk dia? Oh tidak sesekali. Heh, rasanya, memang patut pun untuk dia ditimpa kecelakaan sebegini. 

Mungkin balasan dari tuhan? Kerana selama aku hidup dengan ayahku yang tidak layak pun digelar sebagai ayah, tidak pernah pun dia menjalankan tanggunggjawab dia dengan sempurna. Hidup aku terkontang-konting menguruskan hidup aku sendiri hingga saat ini.

Ataupun mungkin kerana balasannya kerana memisahkan anak dengan ibu dengan disertai kutukan yang kejam?

Hanya Allah sahaja yang tahu apa perbuatannya yang menyebabkan dia terima balasan sebegini sekali.


Malam sebelum,

"Ini anak,Encik Zameer kan? Kami pegawai polis dari Jabatan PDRM Daerah Bangi, ingin memaklumkan bahawa bapa kepada cik telah dikejarkan ke hospital pada jam 10.00 malam tadi akibat kemalangan kerana kandungan alkohol di dalam badannya terlalu tinggi." 

"Allahuakbar!" Itu sahaja yang aku mampu ungkapkan. Lantas aku menutup semua pintu lalu mengikut pihak polis tersebut ke hopital yang dimaksudkan.

-----------------------

"Za..zara," Lantas aku berdiri berdekatan dengan ayahku. Lamunanku terhenti seketika tentang rentetan semalam. Aku hanya merenung dan tidak membalas sepatah kata. Aku hanya membiarkan apa yang ingin diluahkan olehnya.

"Za..Zzara, aa..ayah.. mm..minta mm..maaf," ucapnya dengan nada tersekat-sekat ibarat saat nazaknya sudah hampir mendekat.

Sungguh lah terlalu klise. Saat nyawa di hujung tanduk, barulah mulut ringan untuk menagih kemaafan. Mengapa saat sihat tidak mahu menuturkan kata yang satu ini? Hanya tiga perkataan sahaja pun.

Tanpa sebarang kata, aku hanya mengganggukkan kepala ku menandakan aku memaafkaanya atas ihsan kemanusiaan. Lagipula, Nabi Muhammad, kekasih Allah pun mudah memaafkan ummatnya  yang lagi teruk sikapnya terhadap baginda. Mengapa pula aku yang hanya manusia biasa ini tidak ingin memaafkan lebih-lebih lagi dia yang ku katakan itu adalah ayahku sendiri?

"Zzara..balik nanti...kkamu carilah sesuatu .. ddi..dalam bilik.. kk..kerja ayah. Aa..ayah..harap... Zzaara, dapat jumpa sesuatu demi..Kkke..bahagiaa..an kamu," ucapnya buat kali terakhir."Baiklah ayah."

 Aku pun mengiyakan sahaja. Tetapi hakikatnya aku masih berteka-teki sendiri. Kebahagiaan apa yang dimaksudkan? Adakah kebahagiaan buat aku disaat ayah sedang nazak tika ini?

Tiba-tiba, mesin hayat ditepi katil ayah menunjukkan garis lurus yang menandakan ayah telah menghadap ilahi tanpa aku sempat bertanyakan kebahagiaan apa yang dimaksudkan olehnya.  

"Innalillahiwainna ilaihirojiun." Kini, aku pun telah bergelar 'yatim piatu' tanpa sempat kepalaku memproses rentetan semalam dengan kematian ayahku pada pagi ini.

 Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Aku pun beransur  keluar dari ruangan itu apabila doktor menjejakkan kaki ke dalam wad tersebut.


         ~Kejadian seminggu yang lepas masih segar lagi difikiran aku. Tidak sedikit pun rasa sedih yang bertandang sedangkan bagi orang lain, kehilangan satu-satunya ketua keluarga mereka, mereka akan menangis hiba.

Tetapi aku, hanya sekadar terkejut kerana segalanya berlalu begitu pantas tak terjangkau dek akal fikiranku. Mungkin.. aku sudah dinormalisasikan dengan kehilangan yang suatu ketika dahulu disaat aku masih memerlukan pergantungan seorang ibu.

Apatah lagi kehilangan seorang ayah yang tidak pernah sesekali menjalankan tanggungjawab nya sebagai seorang ayah terhadap satu-satunya anak yang dianugerahi oleh tuhan ini.

Tanpa sedar, aku teringat akan pesanan arwah ayahku untuk mencari 'sesuatu' di bilik kerjanya. Lekas aku keluar dari bilikku dan menuju ke ruangan kerjanya.

Sesampainya aku di bilik kerja tersebut, aku memulas tombol pintu lalu aku melangkahkan kaki ku di dalam bilik itu. 

Memerhati segenap sudut dan ruang, aku tertanya adakah arwah ayahku itu tidak pernah langsung menganggap kami keluarganya? Tiada langsung bingkai gambar aku mahupun ibuku itu di dalam bilik tersebut.

Dan, ini juga pertama kalinya aku menjejakkan kakiku di dalam bilik ini kerana ayah melarang keras untuk aku memasuki bilik ini. Katanya aku tidak layak langsung untuk memjejakkan kakiku yang hina ini di dalam bilik kerjanya.

Mungkin bilik kerjanya ini tempat yang terlalu 'mulia'? Nah, sekurang-kurangnya aku tidak terlalu sedih setelah pemergiannya.

Aku mula meneroka segenap ruang untuk mencari barang yang 'sesuatu' itu. Mata aku menangkap sebuah komputer riba yang terbuka di atas meja kerja itu. Lantas kaki ku bergerak ke arah meja tersebut. 

Tanganku laju menekan punat menghidupkan komputer riba tersebut lalu aku mula memeriksa segenap sudut di ruangan paparan. Mana tahu ada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk 'sesuatu' itu.

Tidak semena-mena aku terlihat satu simpanan di ruangan paparan utama yang dinamakan dengan nama...aku? Mulutku lantas membaca nama ku untuk kepastian.

'Zara.. Narle? Kenapa nama aku?' Laju tanganku menekan fail tersebut dan terpampanglah satu dokumen bertaip seperti surat tetapi dalam bentuk elektronik. 

     

        Untuk zara,

Pertama sekali, ayah minta maaf sekiranya ayah gagal menjadi ayah yang baik untuk kamu. Ayah dah gagal sepenuhnya untuk memberikan kasih sayang yang secukupnya buat satu-satunya anak yang ayah ada. Ayah tahu ayah bukan sahaja bapa yang kejam, bahkan ayah juga seorang suami yang ego dan zalim terhadap ibu kamu.

Tetapi itu semua sia-sia. Ayah ingat..dengan memisahkan kamu dengan ibu kamu adalah jalan yang terbaik untuk menutup perbuatan kotor ibu kepada kamu. Ayah ingat dengan cara sebegitu, kamu dapat hidup dengan baik tetapi tidak. 

Tidak sesekali pun ayah cuba untuk menerima peluang atau kemaafan ibu kamu. Seandainya ayah terima, mungkin kamu akan senyum sentiasa dan kita menjadi sebuah keluarga yang bahagia bukan? Ayah sangat menyesal. Dengan barah yang ayah terima ini, baru ayah tersedar akan kesalahan ayah kepada ibu kamu serta Zara, anak ayah amatlah besar.

Ayah yakin, penyakit ini adalah salah satu pembalasan dari tuhan atas perkara keji yang telah ayah lakukan. Sungguh ayah terlalu menyesal dan ini semua mungkin tidak dapat dimaafkan oleh ibu kamu dan juga kamu.

Sebagai gantinya, ayah telah berusaha sedaya upaya untuk menjejaki ibu kamu demi kebahagiaan kamu. Dengan ini disertakan nama dan alamat tempat ibu kamu menetap sekarang yang telah ayah peroleh sebelum ayah pergi buat selama-lamanya.

Jumpalah dengan ibu kamu dan jagalah dia sebaiknya. Ayah harap kamu dapat menemui kebahagiaan bersama ibu yang melahirkan kamu.

Maaf dari ayah sekali lagi.

Sekian, anakku Zara Narle.

-Nama: Najla Azirra

-Alamat:Rumah wanita Baiduri,

No.18,Jln wawasan,Taman Murni,

Bangi, Selangor Darul Ehsan.


Maknanya selama ini, ibuku masih hidup? Ya Allah sampainya hati seorang ayah yang menyembunyikan hal ini kepada anaknya! Jadi, ini rupanya kebahagiaan yang arwah ayah maksudkan. 

Sungguh aku masih punya sinar harapan untuk merasai kebahagiaan semula. Aku berharap ibu akan menerima kedatangan ku dengan gembira. Terima kasih tuhan!

Setelah itu, aku pun bergegas keluar dari bilik itu serta mengunci bilik kerja tersebut. Aku mahu tidur awal kerana esok juga aku akan bertolak ke tempat itu demi menemui ibuku yang tidak pernah aku temui selepas aku hanya dibesarkan oleh ayah seorang. 



          ~ Tidak sampai satu jam perjalanan, akhirnya aku sudah tiba di lokasi yang tertera. Tidak aku sangka ibuku menetap di tempat yang tidak pernah terlintas langsung di benakku. Kasihan pula aku mengenangkan betapa sunyinya hidup ibuku itu setelah dibuang oleh suami sendiri serta anak yang baru hendak mula bercakap dirampas tanpa belas.

"Rumah Wanita Baiduri," aku meneliti papan tanda rumah tersebut dengan perasaan yang hiba. Setelah puas membaca alamat tersebut, aku mula melangkahkan kaki ku masuk ke pagar rumah yang sedia terbuka. 

Melihat keindahan landskap halaman rumah itu, aku rasa memang penghuni di rumah ini semua adalah wanita yang rajin dan mungkin senasib ibu ku. 

"Subhanallah, indahnya." ucapku dengan senyuman yang manis. Aku berharap aku dapat membawa ibu ku pulang hidup bersama aku.

Kini, mataku melilau mencari pejabat bagi mencari maklumat dan mengenal pasti rupa ibu ku. Ye lah, sudah bertahun lamanya aku terpisah dengan ibu ku.

Mengingatkan hal itu, hati aku semerta geram akan perbuatan ayahku selama ini. Tetapi apakan daya, ayah pun sudah tiada...tidak eloklah pula berdendam dengan orang yang telah meninggal. Jadi, aku hanya mampu berdoa agar Allah mengampuni dosa-dosanya sewaktu dia masih hidup.

Sesampai sahaja aku di depan pintu yang tertera 'pejabat', aku pun mengetuk pintu dan memberi salam.

Setelah dibenarkan masuk, aku pun dipinta untuk duduk di kerusi yang tersedia di hadapan meja pengurus rumah ini.

"Ye cik Zara kan? Semalam cik ada beritahu untuk mencari seseorang di sini. Jadi, boleh tahu siapa yang cik cari itu?" Tanya Puan Haura, Pengurus Rumah Wanita Baiduri.

Sungguh sopan santun budi bicaranya, memang layak pun wanita ini menjadi pengurus rumah ini.

Semalam aku telah dijelaskan di dalam talian oleh salah seorang kakitangan rumah ini mengenai penghuni-penghuni rumah bertuah ini. Jelasnya, rumah ini disediakan untuk wanita-wanita tunggal sama ada yang telah bercerai hidup atau mati dan langsung tiada tempat bergantung.

"Saya cari...ibu saya. Sudah lama saya terlisah dengan ibu saya. Ini pun saya baru tahu di mana dia tinggal setelah pemergian ayah saya seminggu yang lepas." Terangku kepada Puan Haura.

"Takziah ya kepada kamu.Boleh bagitahu siapa nama ibu kamu itu?" Soalnya.

"Nama dia... Najla Azirra Binti Fadry, puan." Jawabku.

Semerta air muka Puan Haura menunjukkan riak terkejut. Lantas aku menyoal,

"Kenapa puan seperti terkejut?" Aku kehairanan sendiri.

"Na..nama ibu kamu, Najla Azirra? Subhanallah,allhuakbar!" respon Puan Haura yang tampaknya terlalu terkejut.

"Puan kenal ibu saya? Kenapa dengan dia puan?" Aku mula suspens. Fikiran ku mula menerjah perkara yang bukan-bukan.

"Sebelum itu saya harap, kamu bersabar ya. Ibu kamu...Najla Azirra sebenarnya Pengasas Rumah Wanita Baiduri ini semenjak dua puluh tahun yang lalu. Tetapi... Allah lebih sayangkan ibu kamu. Selepas sahaja rumah ini beroperasi dengan lancar, dua tahun kemudian beliau pun telah kembali ke rahmatullah," Jelas Puan Haura dengan deraian air matanya yang mencurah.

"Ya Allah, mulianya hati ibu. Saya reda atas pemergian ibu. Saya fikir dengan mencari ibu, dapatlah saya kembalikan kebahagiaan saya...tetapi malangnya, ibu telah meninggalkan saya dahulu. Allahuakbar!" Air mataku juga tidak dapat tertahan lagi. Sedikit demi sedikit rintik hujan di kelopak mataku mengalir akhirnya.

Ya Allah sungguh berat ujian ini kau hadiahkan kepadaku! Kuatkanlah hatiku wahai tuhan yang memegang hatiku yang rapuh ini.

"Semoga kamu kuat mengharungi dugaan ini ya Zara. Saya yakin kamu dapat membanggakan kedua ibu bapa kamu walaupun mereka tiada di alam ini." nasihat Puan Haura akan aku abadikan dalam ingatanku. 

"Baiklah Puan Haura. Terima kasih sudi meluangkan masa. Saya harap puan sentiasa dirahmati Allah. Saya pulang dahulu," aku bangun dari dudukan ku serta merta memeluk Puan Haura dengan sisa tangisan.

"Janganlah panggil saya puan, panggil je saya ma haura. Barulah mesra!" ceria ma Haura  berkata sambil menyeka air matanya dengan senyuman yang manis. 

Barulah ku tahu betapa eratnya hubungan ibu ku dengan ma haura ini bagai dakwat dengan pen .

Lantas dia membongkokkan badan untuk mengambil sesuatu dari laci meja nya. Lalu disuakan barang yang sepertinya sekeping surat dan sebuah kotak berbalut kemas kepadaku.

"Sebelum saya terlupa, arwah ibu awak pernah berpesan kepada saya, sekiranya anak dia ada datang bertemu saya di sini, dia minta tolong apabila dia sudah tiada..sampaikanlah surat dan barang ini kepada kamu supaya kamu dapat melepaskan rindu kamu kepadanya." Terang ma Haura bernada hiba.

"Terima kasih ma haura. Saya harap saya dapat bertemu ma lagi selepas ini." Aku menghadiahkan senyuman yang manis buat ma Haura yang semanis tuan badannya.

Langkah kaki kami telah sampai di pagar utama. Buat kali yang pertamanya aku merasa sebak untuk meninggalkan rumah yang dibangunkan ibu ini.

Tetapi aku harus pulang juga kerana aku masih lagi seorang mahasiswa yang perlu menjalankan tanggungjawab menuntut ilmu demi masa hadapan aku.

"Zara... Kalau ada masa terluang lagi, rajin-rajinlah melawat sini lagi. Pagar rumah ini sentiasa menyambut kedatangan Zara dengan keadaan yang terbuka." seloroh ma Haura.

"Pandai ma bergurau ya. Insyaallah, sekiranya saya ada masa lapang saya akan melawat ke sini lagi. Lagipula, saya masih ingin berkenalan lagi dengan ma dan penghuni-penghuni di sini," seraya itu aku meminta diri untuk pulang. Seronok berada di rumah ini walau sekejap cuma.

'Ibu, saya akan datang melawat rumah ini lagi ibu. Tak sangka ibu adalah wanita yang hebat dan kuat,' bisik hatiku dan melambai kepada ma Haura sebelum beransur pulang.



              ~ Malam yang hening ditemani bulan yang menyinar cerah, aku duduk di atas katil bersendirian ditemani oleh barang yang diberikan oleh ma Haura pagi tadi.

Aku membuka sampul surat yang masih disisip kemas bagaikan baru sahaja ditulis pada hari ini.


     Kehadapan anak gadisku Zara,

Sudah lama ibu tidak melihat wajah kamu selepas ayahmu membawa kamu pergi dari ibu.Mesti sekarang ini kamu semakin cantik seperti ibu kamu ini kan? 

Ibu telah lama memaafkan ayah kamu.Ibu tahu, ibu pun terlalu banyak khilafnya kepada ayah kamu. Tetapi sungguh teganya hati ayahmu tidak ingin mendengar penjelasan dari ibu sebelum membuat andaian yang bukan-bukan. Hati ibu ketika itu, benar-benar sakit ditambah lagi dengan kamu terpaksa ibu lepaskan.

Tetapi itu semua telah berlalu buat apa lagi dikenangkan. Ibu terus bangkit membina Rumah Wanita Baiduri demi membela wanita yang senasib ibu. Hati ibu berasa.amat puas setelah ibu dapat mengembalikan kekuatan senyuman yang ceria di wajah mereka.

Ibu namakan rumah tersebut dengan Baiduri kerana ibu masih ingat lagi kamu sewaktu kecil suka sangat memetik bunga tersebut.

Sampai di sini sahaja coretan ibu. Ibu yakin kamu dapat membanggakan ibu dan ayah walau kami sudah tiada disisi kamu lagi.

Salam sayang ibu kepada Zara.

*p/s- kalau rindu ibu,bukalah kotak itu.

Tersenyum aku pabila membaca warkah dari ibu. Sungguh ibu lah wanita yang paling kuat. Semoga roh ibu tenang di alam sana.

Seketika kemudian aku membuka balutan kotak tersebut dengan berhati-hati. Setelah kesemua balutan selamat dibuka aku pun melihat inti di dalam kotak tersebut.

Kelihatan beberapa keping gambar ibu serta beberapa 'keychain' berukir nama ku. Aku mengambil sekeping gambar ibu, ayah dan aku ketika kecil. Manis sungguh senyuman mereka ketika itu. Juga, ada sekuntum bunga Baiduri yang masih segar. 

Mungkin hadiah di dalam kotak ini ma Haura siapkan selepas seorang kakitangannya menyatakan kedatangan aku pada esoknya. Ma haura benar-benar sayang aku seperti mana ibu.

Malam itu, aku tidur dengan hati yang gembira dan lena sekali bagaikan aku baru lepas menemui ibuku.

'Ibu, tunggu Zara di sana ya ibu,' gumamku. Sementelahan itu aku membaca doa dan surah yang selalu aku baca sebelum melenakan diri. Dengan azam dan kata semangat dari ibu, buatkan aku bersemangat untuk meneruskan kehidupan ku untuk hari-hari yang mendatang.

Aku ingin jadi kuat seperti ibu walaupun tanpa kebahagiaan untuk berada di sisi nya.



            ~bulan demi bulan berlalu, alhamdulillah, aku dapat menghabiskan pengajianku dalam sarjana lanjutan bidang sains hayat dan kemanusiaan dengan jayanya. 

Walaupun serasa aku terlalu banyaknya duri bagaikan duri pada pohon Baiduri yang perlu aku tempuh sepanjang tempoh pengajian, aku dapat harunginya atas usahaku dengan sokongan dan dorongan daripada sahabatku Serin dan tidak lupa juga sahabat baik ibu ku, ma Haura.

Aku amat berterima kasih kepada mereka kerana merekalah yang sering membantu aku untuk melenyapkan awan mendung masa silam ku.

Dengan kehadiran ma Haura, terasa kebahagiaanku dan rinduku kepada ibu mampu terubat.

Yang berlalu biarlah berlalu. Memori silam tidak akan bertandang sekiranya kau tidak mengenangkannya. Berkat doaku selama ini, akhirnya kebahagiaanku digantikan oleh-Nya dengan yang lebih baik. Terima kasih Allah!

"Zara, kau termenung apa lagi? Jom, nanti lewat pula kita sampai." panggil Serin. Ya, hari ini lah hari di mana kami menggenggam segulung ijazah hasil penat jerih kami selama ini. 

"Eh yelah, jom," lekas-lekas aku keluar dari rumah dan mengunci pintu sebelum aku dan Serin meninggalkan perkarangan rumah.

Seusainya majlis graduasi, semua pelajar gembira mengambil gambar masing-masing bersama keluarga mereka termasuk Serina yang riang bersama keluarganya.

Aku bersama ma Haura mampu tersenyum bersama umpama ma Haura adalah ibu ku. Aku mengucup sejambak bunga Baiduri berwarna merah jambu yang telah dibuang durinya hadiah pemberian ma Haura.

Aku kini mampu tersenyum kerana aku mempunyai seseorang yang baik hati melayaniku umpama anaknya sendiri telah dikurniakan oleh Allah kepadaku. 

Sejenak aku memandang sejambak bunga di peganganku umpama hidup aku bagaikan bunga baiduri ini, asalnya penuh dengan duri di tangkainya. Tetapi, pabila aku mampu mengubahnya, ia akan bisa disentuh dengan mudah.

'Ibu, lihatlah... Zara telah laksanakan harapan ibu!' bisik hatiku dengan linangan air mata kegembiraan.

Walau jasad terkubur di alam sana, tetapi hati kami tetap erat buat selamanya.

"Zara, marilah bergambar bersama kami!" Jerit Serin mengajakku. Air mataku lekas diseka dengan jemariku lalu aku menarik tangan ma Haura untuk turut serta bergambar dengan keluarga Serin.

Alhamdulillah.

'Maafkan ibu,Zara...' bisik hati seseorang.

🆃🅰🅼🅰🆃.


.


.


.



.




.



*Notes: siapa tak tahu bunga baiduri, inilah dia



Assalamualaikum dan sekian.





#CeritaPendek

#CerpenMelayu

#CeritaRakyat #SasteraMelayu #FiksyenMelayu #CerpenMalaysia #KaryaSastera #PenulisanKreatif #KisahPendek #KomunitiPenulis #KisahMelayu #BlogCerita #CeritaOnline





Comments

Popular posts from this blog

Meowcho X Comeowl

Cognitive fatigue