Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Mimpi Di Siang Hari








👑👑👑👑

   Adya merupakan seorang mahasiswi yang suka hidup dalam dunia imaginasi. Dia selalu sangat berangan dan memiliki imaginasi yang terlampau luar biasa. Salah satu anganannya yang paling kerap diangankan adalah memiliki seorang putera raja sebagai teman di universitinya. Setiap hari, dia berangan tentang seorang putera tampan yang akan jatuh cinta padanya.

Namun, semua teman-temannya hanya tertawa mendengar anganannya itu. Mereka menganggap Adya membuat jenaka sahaja dengan semua anganannya yang tidak masuk akal.

"Kau tahu, suatu hari nanti putera itu akan datang dan menjemput aku dengan Lamborghini mewahnya dan kami akan hidup bahagia selamanya." Tangan Adya dah tergawang-gawang dengan penuh semangat.

"Hahahaha! Adya, kau punya berangan tu jauh nau perginya!bermimpi di siang hari lah,"

"Kau tunggu jelah! Satu hari nanti..." Cemberut muka Adya jadinya.

Namun, pada satu hari, anganannya yang tampak mustahil itu tiba-tiba menjadi kenyataan. Semuanya bermula apabila universiti mereka mengadakan acara besar yang akan dihadiri oleh seorang putera raja yang nyata! Legit, no scam!

Kedatangan Sang Putera

Berita tentang kedatangan putera raja tersebut tersebar dengan cepat di seluruh kampus. Semua mahasiswa terlampau gembira dan bersemangat menyambut tetamu istimewa itu. Bagi Adya, dia merasa seperti impiannya tiba-tiba menjadi sangat makbul.

“Ini lah masanya! Putera itu akan muncul dan pasti dia akan mencariku."

"Adya, kau jangan terlalu berharap. Ini hanya acara universiti biasa."

Namun, Adya tidak mengendahkan temannya. Dia yakin bahawa ini adalah masa anganannya menjadi kenyataan.

Pertemuan yang Ajaib

Hari acara pun telah tiba, dan semua orang berkumpul di dewan universiti untuk menyambut putera raja. Tiba-tiba, pintu dewan terbuka, dan masuklah seorang pemuda tampan berpakaian kerajaan dengan mahkota di kepalanya. Itu adalah putera raja sesungguhnya!

Adya yang terpana tidak mampu bergerak. Dia hanya kaku berdiri di sudut dewan dengan mata terbelalak. Putera raja itu melihatnya dan tersenyum.

 "Awak... Adya?"

 "Ya, saya Adya. Tapi bagaimana awak... eh tuanku tahu?"

"Beta semestinya tahu tentang Adya. Di mana itu, rahsia.” Spontan putera tersebut mengenyitkan mata membuatkan jantung Adya semakin berdegup kencang. Behave lah duhai jantung oi!

 

“Mengapa awak seperti membisu saja?” Soal putera tersebut.
"Oh, saya... saya tidak tahu apa yang harus saya katakan."
"Jangan risau, beta juga senang boleh bertemu muka dengan Adya."

Mereka berdua mulai berborak. Adya merasa seperti dia sedang berada dalam salah satu dari anganannya yang paling indah. Putera itu sangat ramah dan menghiburkan. Maka, mereka segera menjadi teman yang rapat hanya satu hari saja.

Malam itu, mereka menghabiskan waktu bersama-sama di festival universiti. Mereka bergelak ketawa dan berborak seolah-olah mereka telah pun mengenali antara satu sama lain selama bertahun-tahun. Adya merasa seperti dia sedang menjalani mimpi yang sangatlah indah ketika itu. Tolong jangan kejutkan dia!

Berangkatnya Sang Putera

Namun, seperti kebanyakkan mimpi yang indah, waktu cepat saja berlalu. Putera itu harus pergi kembali ke istananya. Dia berjanji akan mengunjungi Adya lagi jika ada kesempatan.

"Tapi... apa ini benar? Apa ini hanya mimpi?"

"Ini benar belaka, Adya. Kita telah pun meluangkan masa yang indah bersama. Ingatlah itu." Bicara sang putera dengan sebak.

Mereka berdua saling mengucapkan selamat tinggal dengan hati yang berat. Adya merasa seperti dia telah kehilangan sebahagian dari dirinya yang paling berharga.

Pengakhiran yang Menyayat Hati

Setelah sang putera berangkat, Adya kembali kepada kehidupannya yang sediakala. Dia terus berangan, tetapi angananya tentang putera itu selalu membuat hatinya terasa kosong. Teman-temannya mencuba untuk menghiburkannya, tetapi Adya tahu bahawa apa yang dia alami bersama sang putera itu adalah pengalaman yang sangat istimewa.

Suatu malam, saat dia berjalan-jalan di kampus yang sepi, dia merenung bintang-bintang di langit. Dia teringat kata-kata sang putera, "Ini benar belaka, Adya." Dan di dalam hatinya, dia tahu bahawa meskipun putera itu pergi, kenangan indah itu akan selalu bersamanya.

Adya melihat ke dada langit dan tersenyum. Dia tahu bahawa kadang-kadang, angan-angan yang paling mustahil untuk berlaku boleh menjadi nyata, biarpun hanya dalam jangka waktu yang singkat. Dia akan tetap terus berangan, kerana siapa tahu apa yang mungkin bakal terjadi di masa depan. Kan?





#CeritaPendek

#CerpenMelayu

#CeritaRakyat #SasteraMelayu #FiksyenMelayu #CerpenMalaysia #KaryaSastera #PenulisanKreatif #KisahPendek #KomunitiPenulis #KisahMelayu #BlogCerita #CeritaOnline


Comments