13 tahun kemudian,
Menjengah ke luar tingkap, "macam biasa memang salji jelah pun cuaca dalam hutan ni. Agaknya, memang cuaca salji akan turun setiap masa dan ketika." Bicara Edianne yang baru bangun dari tidurnya.
Semakin lama dia tinggal di dalam hutan Arrenland, semakin dia terbiasa sudah dengan cuaca salji yang sentiasa turun. Tidak pernah pula cuaca bertukar seperti yang dibaca dalam novel. Tetapi yang ajaibnya, dia tidak pernah merasa kesejukan langsung. Baju sejuk mahupun selimut, tidak pernah tersarung di badannya selama dia hidup dengan cuaca begini.
"Mungkin badan aku dah terbiasa kut dengan cuaca macam ni sejak kecil lagi," gumam Edianne sendirian sambil kakinya terus menapak menuju ke setiap pelusuk rumah. Tetapi tidak pula kelihatan batang hidung ibunya. Pencarian yang amatlah sia-sia di pagi hari.
Setelah bersiap ala kadar, yelah tiada siapalah pun yang berani masuk hutan yang dikatakan bahaya ini. Edianne menapak keluar rumah tanpa memakai apa-apa kasut mahupun selipar kerana dia ingin merasai kehangatan salji yang dipijaknya. Hangat? Sungguhlah luar biasa Edianne ini.
Sedar-sedar kakinya telah selamat menuju ke Riverfrost, sungai yang paling famous di dalam hutan Arrenland ini. Puan Elsy yang selalu ceritakan kepadanya mengenai betapa masyhurnya sungai tersebut di kalangan penduduk Desdale.
Tetapi... selama dia melepak bersendirian di sungai ini, tidak pula dia lihat seorang pun manusia hatta haiwan pun yang menyinggah ke sini? Apakah erti famous yang dimaksudkan oleh ibunya itu? Namun, bila difikirkan semula, logik juga tiada satu makhluk pun ingin ke sini kerana cuacanya yang bersuhu rendah sepanjang hari dan waktu. Mana mungkin orang mahupun haiwan mampu bermandi-manda di atas permukaan ais yang membeku.
Seperti biasa, dia duduk di tepi sungai ais dan bersandar pada batu bersalut salji putih lalu mula membaca novel yang diberi oleh ibunya. Dari mana ibunya dapatkan novel untuk dia setiap minggu pun, dia tidak tahu puncanya. Padahal ibunya pun tak pernah keluar dari hutan sejuk ni.
Walau bagaimanapun, dia tetap berterima kasih kepada ibunya untuk novel-novel yang diberikan. Sekurang-kurangnya dia boleh tahu, bukan cuaca salji saja yang ada kat dunia ni. Otak pun berkembanglah juga walaupun tidak pernah bersekolah.
Di sudut Riverfrost yang lain,
"Apasal aku memancing kat sungai yang beku ni. Memanglah ikan susah nak dapat. Dah kenapa dengan aku ni. Yang kaki aku ni pun satu, tau-tau je dah sampai tempat ni," bebel seorang pemuda kepada dirinya sendiri. Sesal kerana tidak berfikir panjang sebelum menuju ke sini. Dah tentu-tentulah ikan tidak seekor ppunkelihatan memandangkan permukaan sungai yang membeku sepenuhnya.
Sampai di satu batu, 'eh, ada orang lain lah,' gumam pemuda tersebut sambil tertinjau sedikit kepalanya di sebalik batu itu.
Tanpa segan silu, pemuda tersebut pun menyapa Edianne yang sedang khusyuk membaca novelnya.
"Hai, cik adik ni siapa? Dari mana? Kenapa sorang-sorang kat sini?" Bertubi-tubi pemuda tersebut menyoal dengan ramah.
Edianne hanya mengarahkan bebola matanya ke arah pemuda yang menganggu konsentrasinya itu. Tanpa berkata apa-apa Edianne hanya meneruskan pembacaannya yang terganggu sebentar tadi.
Erti kata lain, memalau! Baru je nampak perkataan itu di dalam novel yang sedang dibacanya.
"Sombongnya cik ni, setidaknya senyumlah sikit. Huhh," keluh pemuda tersebut. Kecewa kerana tidak dilayan sama sekali.
"Hello miss, saya bercakap dengan batu atau manusia ye?" Kata lelaki tersebut sambil menekan-nekan batu yang menjadi sandaran si Edianne itu.
Kerana rasa terganggu dan rimas dengan makhluk yang entah muncul dari mana itu, Edianne pun menutup novelnya dan mula melangkah untuk pulang. 'Cis, tengah part seronok lah tiba-tiba jadi spoil. Potong betul,' bisik hati Edianne kegeraman.
"Eh eh nak ke mana tu? Tunggulah sekejap!" Tergesa-gesa pemuda tersebut mengangkat pancing dan baldi kosongnya ingin memintas pergerakan Edianne.
Edianne hanya beriak biasa tanpa sepalit senyuman pun." Nak apa?" Datar Edianne menyoal si pengacau yang berada di hadapannya itu.
"Ada pun suara! By the way, nama saya Erden Wintz dari Desdale Kingdom. Selamat berkenalan!" Ucap Erden dengan riak teruja sekaligus menghadiahkan senyuman yang lebar. Kalau boleh lebarnya tu mahu sampai ke pokok oak yang ada kat tepi tu. Huh!
"So?" Balas Edianne pendek tidak berminat untuk berkenalan langsung. Tanpa melengahkan masa dia pun melangkahkan kakinya dengan laju menuju ke rumahnya untuk menyambung part best cerita pada novel tersebut. Tidak lupa juga untuk menjauhkan diri dari lelaki yang dirasakan kurang siuman itu.
"Cik tak perkenalkan diri lagi! Janganlah blah macam tu je!" Teriak Erden sambil kakinya pun ikut mengejar Edianne yang sudah jauh ke hadapan.
'Perkenalkan diri pun susah ke,' bebel Erden perlahan. Tahu-tahu je dirinya sudah berdiri di hadapan sebuah rumah yang terlihat ala klasik winter dengan ketulan ais beku berjuntaian di bumbung rumahgadis yang dikejarnya.
Automatik tergamam mulut Erden melihatnya. Tidak sampai beberapa saat, dahinya mula berkerut seperti teringatkan sesuatu. Sepertinya... dia pernah berdiri di hadapan rumah ini. Kata orang, deja vu!
'Macam pernah nampak rumah ni,' gumam Erden perlahan seraya melilau sekeliling rumah untuk mencari kepastian yang serasa dia ingat-ingat lupa.
"Hey kamu, cari apa kat rumah ni? Skodeng ya?" Terjah Puan Elsy bersebelahan Erden.
"Eh mak kau jenab! Ish terkejut saya dibuatnya. Nasib saya ni muda lagi tau!" Latah Erden. Nasib baik dia tidak buat aksi yang memalukan. Mana tidaknya, sibuk mengingat semula reka bentuk rumah dihadapannya ini.
"Kamu buat apa kat sini? Kamu tak tahu ke, sesiapa yang masuk hutan ini nanti hati dia akan beku?" Soal Puan Elsy berteka-teki.
"Itu saya tahu. Member saya semua cakap macam tu dekat sekolah. Tapi, saya ambik jalan untuk tidak percaya bulat-bulat cerita macam tu tanpa selidik sendiri," balas Erden dengan nada berani.
'Anak jantan kena lah berani!'
"Oh baguslah macam itu. Tapi... Eh baik kamu balik sekarang, dah nak gelap ni. Susah mahu cari jalan keluar nanti," ucap Puan Elsy lalu memalingkan kepalanya ke dada langit yang mulai gelap.
"Haah lah, kalau macam tu saya gerak dulu ya. Bye makcik!" Kemudian Erden pula dengan langkah panjang bergerak meninggalkan rumah si gadis yang tak mahu kenalkan diri dia.
"Pastikan kamu tak datang ke sini lagi!" Teriak Puan Elsy bagaikan memberi amaran.
'Hesh, waktu aku nak jayakan rancangan aku, ada je manusia muncul entah dari mana. Kacau lah!' Marah Puan Elsy perlahan.
"Mama, pergi mana tadi?" Soal Edianne kehairanan. Seumur hidup dia tak pernah-pernah ibunya berada di luar rumah sampai ke senja baru pulang.
"Ma...ma, ahh haha mama pergi cari cendawan untuk ditanam kat belakang rumah. Sejak dua menjak ni cendawan sekarang dah tak banyak tumbuh kat hutan kita ni ya?" kata Puan Elsy teragak-agak.
Setelah perasan yang Edianne merenungnya tanpa berkelip, Puan Elsy menapak ke arah dapur bagaikan lipas kudung. Seperti ada sembunyikan sesuatu darinya.
"Edianne mama buatkan hot mocha kesukaan kamu ya!" Jerit Puan Elsy yang mula membancuh hot mocha untuk anak suntinya yang tidak berkutik sedari tadi.
'Janganlah budak tu perasan apa-apa,' desis hati kecilnya.
'Edianne? Hot mocha? What just happen to her?' Bisik Edianne kehairanan. Seperti ada yang tidak kena dengan ibunya itu. Sejak bila ibunya panggil dia dengan nama penuh? Dan... Sejak bila pula hot mocha jadi kesukaannya? kepelikan apakah yang sedang berlaku?
'Mungkin perasaan aku je kut. Efek dari novel yang aku baca lah ni,' gumam Edianne cuba menenangkan dirinya sendiri. Edianne pun dengan riak biasa melangkah ke arah dapur di mana ibunya sedang membancuh minuman kegemarannya seperti selalu. Tetapi tidak pada hari ini.
Di satu pelusuk hutan Arrenland,
"Ish, rasanya aku dah lalu jalan ni tadi? Tu... nampak lagi tapak kasut aku kat atas timbunan salji tu," kata Erden dengan nada gusar. Lagi pula awan dah gelap sepenuhnya. Nasib baik ada lampu suluhnya yang sentiasa tersimpan di dalam poket baju sejuk.
Buntu memikirkan arah jalan keluar, Erden pun menapak ke arah sebatang pokok yang agak besar pada pandangannya untuk berteduh menghilangkan lelah. Sedang enak dia bersandar sambil menopang tangan melihat dada langit, "macam manalah aku boleh tersesat sampai masuk hutan ni? Sudahlah sejuk yang amat. Mujur juga aku terjumpa gadis yang comel tapi sombong mengalahkan kucing belang depan rumah aku tu," matanya pun mulai layu dimamah kantuk tak tertahan. Lebih-lebih lagi keadaan di sekitar poko besar itu agak hangat. Lagilah terbuai dibuatnya.
Tolong..
Tt..ttolong...
Kedengaran suara gemersik meminta tolong telah memeranjatkan si Erden yang sudah seperti suam-suam alam. Akhirnya mata Erden terbuka luas sekelip mata.
"Apa benda tu? Jangan-jangan....c..ccik..hanntt..." Tanpa membuang masa Erden pun bangun dari kedudukannya terus lintang-pukang berlari meninggalkan pokok tadi. Bukan ke kata anak jantan? Baru dengar suara je pun dah lari tak cukup tanah.
"Fuh, mujur budak Edianne tu dah tidur. Selamat aku nak jalankan misi aku hari ini juga." Terkekeh dia ketawa sambil membawa kakinya ke arah pokok yang dinanti oleh seseorang untuk tujuan hitamnya tiada siapa yang boleh tahu.
Misi membalas dendam!
"Tolonglah, lepaskan aku! Please Anne," rayu Puan Elsy kepada perempuan durjana yang digelar 'Anne the deceity' oleh seluruh warga Desdale kingdom. "Aku dah tunaikan dah permintaan kau untuk pinjam baju aku, untuk kau menyamar jadi aku.. Kau nak apa lagi hah!?" Teriak Puan Elsy yang sebenar dengan nada lemah. Sudah dua hari dia diikat dalam pokok oak yang besar ini tanpa pakaian panas, makanan dan minuman.
Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang sejuk di hutan Arrenland ini. Mahunya mati kesejukan sekiranya dibiar lama terdedah tanpa seurat benang pun. Dia bukan seperti anaknya yang lut dari kesejukan.
"Pardon? Kau dah tunaikan permintaan aku? No, no, no. Kau ingat semudah itu je aku nak lepaskan kau?" Sinis Anne membidas rayuan wanita di hadapannya. Sementara itu, Anne mengupas kulit buah epal yang sedari tadi terletak di atas meja bertentangan.
Sekilas Anne memandang tepat ke wajah Elsy yang lemah menanti masa untuk rebah ke bumi. Dengan selambanya Anne mengigit epal yang dikupas tadi di hadapan Puan Elsy tanpa simpati.
"Janganlah sedih-sedih, no one can help you here, shh shh," tokok Anne sengaja mengejek.
"Kau... Jangan sesekali apa-apakan anak aku Edianne!" Tempik Puan Elsy apabila mengenangkan anak gadisnya itu. Sudah dua hari tidak bersua muka terasa rindu pula.
"Ahhh, that icy girl your beloved daughter... Nope, aku tak buat apa-apa kat dia memandangkan dia adalah punca hutan ini semakin rancak bersalji. Kau kan mak dia, takkan tak tahu pula. Opss, terlepas pulak," terlepas gelak jahatnya bagaikan mengembalikan semula ingatan wanita lemah di hadapannya itu. Agaknya dah lupa kut apabila melihat riak wajah Puan Elsy berkerut ingin menafikan kisah 17 tahun yang lalu.
"I see... Seems you already forgot about it huh? Now, let me open our long time ago story and let you know why i became like this!" Ucap Anne dengan nada marah kemudian berdiri dari duduk dengan kasar untuk memulakan kisah mereka yang tersimpan kemas.
❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️
17 tahun yang lalu...
"Cantiklah cendawan ni! bau pun sedap! nak petik banyak-banyaklah," ucap Puan Elsy yang ketika itu rambang mata melihat cendawan yang tumbuh melata di sekitar hutan Arrenland. Semua cantik-cantik belaka. siap pakej bau yang harum! setelah puas memetik cendawan yang ingin dibawa pulang. Anak lelaki kesayangannya pasti suka.
"Eh, Elsy! kau dari mana ni?" tegur Anne, rakan baiknya yang baru terserempak di kawasan masuk hutan Arrenland. semerta Anne menjenguk bakul yang dipegang oleh Elsy.
"Hai Anne! aku dari hutan Arrenland baru lepas petik sesuatu," balas Elsy dengan nada teruja gaya mak jemah. Lekas Elsy capai cendawan yang baru dipetiknya tadi di dalam beg rotannya dan ditunjukkan ke arah Anne. "Cantik kan? Aku ingat nak tanam belakang... eh depan rumah supaya nampak cantik," kata Elsy gembira. " Nah baulah. Sedap! rasa macam nak makan pun ada!" lalu cendawan pun disuakan terus ke pucuk hidung Anne.
"Se..se..se, hachum.. hachum.. hachum. Elsy aku balik dulu lah ye cuaca sejuk sekarang ni, bye! hach..hachum" Setelah Anne beredar dengan keadaan bersin yang berterusan, Elsy pun pelik melihat Anne tiba-tiba je bersin tak tentu pasal. Sekilas dia pun bau semula cendawan yang dipegangnya. "Bau sedap macam biasa je?" dia pun hanya mampu menggeleng kepala melihat keletah rakannya itu.
'mungkin alahan? hope nothing bad happen to her,' desis Elsy perlahan.
"Hachum. Ha..hachum. Hachumm!" Sampai ke rumah pun Anne masih terbersin-bersin lagi. Hebat sungguh penangan cendawan yang disuakan oleh Elsy tadi. Tidak memasal hidung dia yang jadi mangsa. Fikir, dah jauh daripada cendawan tu dah elok semula, rupanya makin teruk.
"Tak guna punya Elsy!" Marah Anne. Kakinya pun melangkah ke tandas untuk membuang hajat yang tertahan sedari tadi.
"Eh, apa yang basah kat lantai ni?" Jarinya pantas mencalit satu cairan di lantai. Bila lihat betul-betul,
"Darah? What!" Teriak Anne serta-merta dia melihat di sekitar kakinya. Ternyata dirinya telah berlaku tumpah darah yang sangat banyak.
Dalam keadaan dia berdarah, masih lagi tidak berhenti bersin sejak berjumpa Elsy. Dengan terketar-ketar, dia mendail tabib yang berdekatan untuk merawat dirinya.
Malam itu, selepas tabib memeriksa dirinya, dia menangis semahu-mahunya. Ternyata dia mengalami keguguran. Kandungannya baru berusia 3 bulan dan satu-satunya peninggalan suami yang tercinta. Sungguh kecewa Anne.
"Ni punca dari kau Elsy! Tak guna!" Teriak Anne hilang kewarasan. Malam itu juga dia bertekad merencanakan misi membalas dendamnya terhadap Elsy. Demi anak nya!
Sebulan kemudian, Anne mendengar desas-desus bahawa Elsy sudah sarat mengandung anak kedua nya. Anne jangkakan sudah 9 bulan tempoh Elsy sarat. Anne pun tersenyum senang hati kerana dia dapat laksanakan misi jahatnya yang telah direncanakan dengan strategi.
Seperti biasa Elsy akan ke hutan Arrenland pada waktu petang untuk memetik cendawan yang disukainya itu. Tersenyum dia melihat cendawan yang cantik tumbuh mekar. Ibarat terapi buat dirinya.
"Hey, Elsy! kat sini rupanya. Puas aku cari. Wah, besar dah perut kau sekarang ya? Girl or boy?" Kata Anne gembira tapi yang dibuat-buat.
"Oh hey Anne! Macam biasalah kat hutan ni cari cendawan" balas Elsy sambil memetik cendawan yang nampak menarik di hadapannya.
'Huh, sebab kau lah aku hilang harta berharga,' desis hati Anne menyampah.
"Sebenarnya aku tak tahu lagi anak perempuan atau lelaki. Harap dapat lah perempuan. Si Erden tu nak sangat adik perempuan. Hehe," balas Elsy terhibur apabila mengenangkan permintaan anak sulungnya itu.
Anne pun menyentuh perut Elsy yang sedang sarat itu sambil menggumam sesuatu. Setelah itu dia tersenyum. "Kau akan dapat anak perempuan, tahniah!" Anne berkata dengan nada acah-acah gembira. Sebenarnya dia telah buat sesuatu kepada kandungan Elsy. Harapnya menjadilah.
"Hebatlah Anne! Boleh tahu macam tu je! Seronoknya dapat baby girl! Thanks Anne. Oh, by the way macam mana kau tahu?" Teruja Elsy ingin tahu.
"Aku kan selalu urut wanita hamil, mestilah tahu!" Balas Anne senyum penuh makna.
"Ye tak ye juga. Lupa pula! Auch," Tiba-tiba muka Elsy kelihatan berkerut-kerut. Seperti sedang menahan sakit. "Elsy, kau kenapa ni?" Tanya Anne pura-pura cemas.
"Rasanya dah sampai masa lah, tt..tolong aku Anne. Sa..sakit," jawab Elsy kelesuan menahan sakitnya. Raut wajahnya sudah kemerahan ketika itu.
'Yes! Mandrem tu menjadi!' teriak hati Anne teruja.
"Elsy kita kat dalam hutan, rasanya macam tak sempat nak bawa kau keluar dari hutan ni," Kata Anne beriak gusar. Pura-pura. "Ta...ttakpe, bawa aku ke rumah kat belakang pokok sana. Tu rumah aku juga," tunjuk Elsy ke arah selatan mereka.
Nak tak nak, Anne perlu memapah Elsy ke arah rumah yang ditunjuk itu untuk proses bersalin. Tak memasal dia jadi bidan percuma untuk Elsy. Apa boleh buat, demi rancangan jahat, dia terpaksalah buat. Setelah dua jam bertarung nyawa, akhirnya lahirlah seorang puteri di dalan hutan Arrenland ini.
Kelihatan salji mulai turun dengan lebatnya ibarat anak kecil tadi terhubung dengan cuaca salji diluar itu, "Dah salji rupanya... lebat pula tu," ucap Elsy yang sedang menepuk-nepuk punggung anaknya yang baru lahir dengan senyuman manisnya. Pasti Erden gembira melihat adiknya sekiranya dia ada ketika ini.
"Aku balik dulu ya Elsy? Biar aku ambil barang keperluan kau," kata Anne kedengaran tidak ikhlas. Siapa je yang mampu baik dengan orang yang dah menyebabkan sesuatu yang berharga buat kita hilang macam tu sahaja?
Elsy hanya mengangguk sahaja. Sebelum itu dia berpesan supaya bawa sekali Erden ke rumah ini selepas salji sudah tidak lebat. Keluar saja dari rumah itu, Anne ketawa berdekah kerana misi yang dilaksankan telah berjaya lima puluh peratus.
'Jangan mimpilah kau nak jumpa anak lelaki kau tu selama-lamanya!' Gumam Anne dengan nada jahat
Muahahahaha!
Keluar saja dari hutan Arrenland, dia mula menjayakan seorang watak seseorang yang sedang dalam ketakutan. Ready and set!
Sampai saja di pekan Desdale, dia mula menyebarkan cerita palsu bahawa sesiapa yang masuk hutan Arrenland, Ada satu makhluk yang akan bekukan hati sesiapa sekiranya terserempak dengannya di dalam hutan. Hal tersebut telah menimbulkan kegusaran dan kekecewaan terhadap rakyat Desdale Kingdom. Mana tidaknya, mereka lebih suka meluangkan masa hujung minggu di Riverfrost yang terletak dalam hutan Arrenland kerana keindahan serta kenyamanan suasananya.
Maka, cerita rekaan tersebut telah selamat sampai kepada seluruh rakyat tanpa banyak soal. Kerana melihat sahaja cuaca salji yang tiba-tiba turun dengan lebat, lagilah membuat cerita Anne itu amatlah logik. Serta-merta perintah untuk tidak masuk ke hutan Arrenland dikeluarkan. Sesiapa yang masuk ke hutan itu akan dikenakan tindakan. Misi seterusnya, beritahu suami Elsy, Ferd Wintz bahawa isterinya telah mati kerana hatinya telah dibeku dalam hutan Arrenland. Erden Wintz yang ketika itu berumur 4 tahun menangis teresak-esak mendengar berita amat mengejutkan yang disampaikan oleh Auntie Anne tadi.
Usai saja dia menceritakan cerita yang ditokok tambah kepada keluarga Elsy dengan riak yang sayu, cukup rencah. Suami dan anak Elsy pun kesedihan. Lebih mengujakan, suami Elsy kena serangan jantung secara tiba-tiba dan mati serta-merta. Bertambah-tambah sedihlah Erden kerana dia sangka telah kehilangan kedua-duanya sekali.
Muahahahah!
'Puas hati aku! rasakan!' desis Anne gembira. Rancangan terakhir, akan di jalankan ketika usia anak perempuan Elsy menginjak genap 17 tahun nanti. Setelah itu, Anne hanya membiarkan saja Elsy di dalam hutan tu tanpa mengotakan janjinya.
❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️
"Sampai hati kau! Apa kau dah buat pada dia hah!?" Jerkah Anne dengan muka yang telah basah dengan air mata mendengarkan pengakuan Anne tadi. Sanggup rakan baiknya buat sebegitu padanya kerana hal yang kecil saja pun. Patutlah Anne tidak muncul-muncul semula selepas dia melahirkan Edianne. Rupanya dia punya agenda tersendiri.
"Kau tak perasan? selama kau hidup dalam Arrenland ini cuaca tidak pernah langsung berubah. Always snowing right? Anak kau lah puncanya! hahahahahah!" Tawa Anne jahat. Bermaknanya, selama ini... Edianne lah yang punca salji ini? Jangan kata... Edianne punya kuasa seperti watak Disney Frozen iaitu Elsa yang ditontonnya semasa Edianne masih dalam kandungan? Menakjubkan!
"Oh, Aku rupanya punca salji di Arrenland sentiasa turun. Now I know. Thanks for that precious info," kata seseorang dengan nada datar yang sedang santai bersandar di pintu. Kedua-dua manusia yang saling berperang mulut tadi terus mengalihkan pandangan di hadapan pintu. Ternyata Edianne telah mendengar semua kebenaran mengenai dirinya. Lantas Puan Elsy memberikan senyuman kepada Edianne tetapi Edianne hanya membalas dengan wajah yang tidak beriak. Sekilas Puan Elsy menukar riak wajah semula apabila melihat wajah anaknya sebegitu. Takut mak! Salah dia juga kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar mengenai anaknya itu.
"Hey perempuan, macam mana kau boleh ke sini?" Dongkol Anne kemarahan. Dia ingat Edianne sudah lena tertidur selepas dia memberi Edianne minum hot mocha yang telah dititis potion tidur serta hilang memori. Anne tidak mahu Edianne tahu supaya dia dapat mengawal Edianne kerana kuasa yang ada pada Edianne sangatlah dahsyat.
sementara itu,
"Gelapnya! aku kat mana dah ni? Semput aku, Huf huf. Oxygen come to mama...eh papa! " ucap Erden setelah penat berlari sebab suara tadi. Kedengaran buni tapak kaki kuda sedang menuju ke arahnya. Kemudian, kelihatan cahaya dari lampu suluh terarah kepada Erden.
"Erden! Kat sini rupanya kau ! Penat aku cari merata. Ingatkan member aku ni dah kena culik dengan makhluk yang digembar-gemburkan tu," kata Wedry, sepupu rapat Erden yang sedang duduk di belakang kuda berwarna coklat.
"Sebelum tu, kau turunkan lampu suluh tu dulu ! Silaulah mangkuk," balas Erden geram. "Macam mana kau tahu aku kat dalam Arrenland ni? tak silap... aku tak bagitahu pun kau?" Soal Erden kehairanan. "Aku kan ada sense macam late father kau, boleh cari orang yang dalam ketakutan macam kau! hahahahah," gebang Wedry tergelak lucu. Walhal betul sebenarnya apa yang dikatakan oleh Wedry itu. Cuma... Erden sahaja yang susah untuk memercayainya. Lagi pula ia melibatkan bapanya yang dia tidak sempat pun meluangkan umur bersama.
Erden pun menahan geram dengan gurauan Wedry yang tak kena tempat itu siap pakej selitkan pasal sense bapanya pula tu. Ada ke boleh buat kelakar dalam hutan malam-malam buta macam ni?
"Kau ni Den, gurau sikit pun tak boleh. Yalah, sebenarnya aku nampak kuda kau si Wilow dekat kawasan masuk hutan Arrenland. Aku risaulah apa-apa jadi kat kau. Aku kan... sayang kau," ucap Wedry siap peluk Erden yang sedang berasap itu. "Banyaklah kau punya sayang tu. Tak hingin aku!" Balas Erden menyampah lantas meleraikan pelukan Wedry tadi. Kalau orang lain nampak tak ke naya nanti dituduh buat benda bukan-bukan. Dia straight tau!
Setelah itu Erden membelek kocek baju sejuknya. Rasa macam ada tercicir sesuatu kat pokok Oak tadi. Cek punya cek..."Edry... rasanya aku tercicir lampu kesayangan aku lah!" ujar Erden kecewa dalam nada cuak. Jangan main-main, lampu suluh itu telah lama berkhidmat dengannya apabila nak pergi memancing ataupun ke mana-mana sahaja dia pergi. Barang setia tu ! Wedry hanya mampu menepuk dahinya sahaja.
"Edry bawa aku ke sana," pinta Erden sambil mengunjuk ke jalan yang menuju ke arah pokok Oak tadi. Lari punya pasal, terlupa pula capai barang yang amatlah berharga buatnya. Wedry pun tak banyak soal menumpangkan sahaja sepupunya itu di belakang kuda nya semata-mata barang tersebut.
Pokok Oak,
"Selain tu kan... aku ada kuasa apa lagi ya 'makcik' Anne? boleh juga aku test sendiri kat kau! Biar kau yang akan mati dulu," sinis Edianne berkata sambil membelek-belek tangannya dengan gaya berlagak. Angkuh.
"Eh perempuan ! kurang ajar betul kau ye ! kau Elsy, duduk sini diam-diam aku nak kerjakan anak kau tu!" Jerkah Anne. Nadanya amat marah lantas meluru laju ke arah Edianne. "Anne janganlah apa-apakan anak aku! Please!" Rayu Puan Elsy bersungguh. Dia tidak mahu anak gadisnya diapa-apakan. Malangnya rayuan Puan Elsy langsung tidak diendahkan sama sekali.
Anne menggenggam pergelangan tangan Edianne dengan kasar lalu menarik Edianne keluar dari dalam pokok oak itu. Cuaca di luar teramatlah sejuk dengan saljinya turun seumpama ribut bagaikan menggambarkan perasaan Edianne yang sedang dilanda berang kerana ibunya yang diikat serta dirinya yang diperlakukan sebegitu.
"Lepaslah perempuan gila! kau ingat aku boleh senang-senang tertipu dengan helah kau! nak menyamar jadi mama aku konon. Tak jadi langsung lah. Fake heh!" Bentak Edianne sambil meronta-ronta supaya tangannya dapat dilepaskan. Kuat juga perempuan gila ni punya genggaman.
❄️❄️❄️❄️❄️
"Ha! kat sini pun kau lampu ku ! Maafkan aku kerana tertinggalkan dirimu," ucap Erden sambil mengusap-usap lampu kesayangannya di pipi. Dengan lampu pun boleh. Werdy menepuk dahi dan menggeleng kepala melihat keletah Erden itu.
"Please Anne! I'm so sorry for my past, my wrongdoings to you ! Jangan apa-apakan Edianne !" Teriak Puan Elsy kesedihan. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya dalam bahaya. Dia tidak punya kudrat dengan keadaan dia diikat dengan ketat di kerusi untuk tolong anak gadisnya itu. 'Please I'm entreated!' pecah tangisnya bersungguh. Moga datanglah apa jua keajaiban bagi pihak drinya.
"Den kau dengar tak? Ada suara orang tengah merayu," ujar Wedry seraya memicingkan matanya melihat sekeliling. Erden pun serta-merta mencari arah suara tersebut. Kali ini dia agak berani kerana Wedry ada berdekatan. "Yes, I heard it too," balas Erden sekelip mata saja sudah bertukar serius. lantas dia mengajak Wedry ke bahagian hadapan pokok Oak yang berada di belakang mereka.
Akhirnya, mereka ternampak pintu yang ada pada pokok Oak tersebut. "Den situ, situ," bergegas mereka masuk ke pintu pokok Oak yang terbuka luas itu.
Melihat saja sekujur tubuh yang diikat tidak bermaya serta tanpa seurat benang itu, mereka pun bergerak ke arah tubuh Puan Elsy. "Hey wake up! What happen? Edry, ambil air atas meja tu!" Suruh Erden sambil menepuk-nepuk muka Puan Elsy yang sedang menunduk. Wedry pun lekas mngambil air yang terlihat atas pemintaan Erden. Lalu Erden pun memercik-mercikkan sedikit air ke muka Puan Elsy.
"Please!" Teriak Puan Elsy tercungap-cungap tidak cukup nafas baru tersedar. Dengan pantas botol air yang berada di tangan Erden dirampas dan diteguk dengan rakusnya. Sungguh haus setelah dua hari tidak diberi minuman. Selesai saja menghabiskan air, "Thanks, burkkk!" Kekenyangan Puan Elsy walaupun dengan hanya minum air sahaja.
Sekilas itu, dia memandang figura yang ada dihadapannya. 'Erden?' gumam Puan Elsy perlahan. "Kejap cik. Nah pakai ni dulu. seksa mata saya tengok," ujar Erden menghulur baju sejuknya sambil menutup matanya. "Oh, thanks again," balas Puan Elsy tersenyum senang.
Di luar,
"What if I don't want? What you can do, huh?" Kata Anne lagak psycopath sambil mengangkat syringe yang berisi cecair pelali bagi melemahkan Edianne yang kelihatan amat agresif di hadapannya. Rupa-rupanya perbuatan dia meletakkan ubat di dalam Hot Mocha di rumah tadi hanyalah sia-sia sahaja. Bijak kau ya perempuan!
Bebaskan,
Bebaskan,
Semerta tangan Anne yang menggenggam tangan Edianne membeku sedikit demi sedikit. Rupanya dia juga punya kebolehan membeku. Impressive!
"Don't you dare! hiyaa!" tanpa putus asa Anne tetap menujukan syringe nya ke arah Edianne yang beriak bangga.
Bebaskan!
Tak mampu ku pendam lagi!
"Do I care? hemph!" Terus saja dia membebaskan kuasanya ke arah Anne the Deceity itu.
"Nooo!" Itulah jeritan terakhir riwayat Anne the Deceity di hutan Arrenland. Akhirnya, Anne telah pun menjadi tugu ais hasil dari kelebihan dia. "hmm..Not bad," ujar Edianne melihat hasil 'seni' nya lalu membelek-belek tangan bertuahnya itu.
Kedengaran bunyi tepukan menuju ke arahnya. Ternyata, itu ibunya, Puan Elsy bersama... Erk? "Kau buat apa kat sini?" kata Edianne tidak puas hati sambil meggertap gigi. Tak puas hati sangat!
'Dah kenapa lelaki ni ada kat sini pula? Harapnya mereka tak nampaklah aksi 'berharga' aku tadi' Desis Edianne perlahan.
"Kami dah nampak. Power sungguh!" Ucap Wedry sambil menaikkan thumbs up. "Wah beku betul ni. Cayalah adik abang!" Erden pula sibuk membelek Anne yang sudah membeku menjadi tugu ais. Mereka semua hanya menepuk dahi melihat telatah Erden yang nampak jakun tidak sorok-sorok.
"Kejap. Adik? Abang? Apa ni mama. Mind to explain it?" Soal Edianne dengan riak wajah bekerut-kerut. Kejutan apakah ini? Memang hari ini hari kejutan sedunia ke apa? Mula-mula mengenai kuasa yang dia ada, kemudian hal ada adik-beradik lain pula. Dunia sangatlah penuh dengan kejutan!
Langit mulai menampakkan seluruh alam yang gelap. Begitu juga dengan salji yang sudah tidak turun dengan lebat lagi. Tahulah bahawa hati Edianne dalam keadaan lega. Puan Elsy pun tersenyum gembira kerana semuanya telah berakhir. Meskipun dia tidak menyangkakan rakan baiknya itu sanggup buat sesuatu yang bukan-bukan terhadap dirinya dan keluarga.
❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️
Semasa Edianne sedang bergelut dengan Anne,
Erden melepaskan ikatan yang terikat ketat pada tubuh Puan Elsy. Lantas itu, Puan Elsy mencapai tangan Erden. "Erden Wintz... my son," ucap Puan Elsy. "Rasanya cik salah orang. Mama saya dah mati... 17 tahun yang lalu." kata Erden perlahan mengenangkan berita yang diberitahu oleh Auntie Anne sewaktu dia seorang kanak-kanak Ribena yang masih tidak mampu membezakan sama ada berita itu benar atau tidak.
Nanti dulu, jangan-jangan...dia dah kena gebang dengan Auntie Anne bedebah tu! Memang patutlah pun dia digelar Anne the Deceity selama dia membesar di Desdale Kingdom! Dasar!
"Siapa yang buat cik macam ni?" soal Erden ingin kepastian. "Anne the deceity." Ringkas Puan Elsy menjawab.
'Aku dah agak!' Desis Erden geram sambil mengepal penumbuk.
"Erden, did you believe... I'm... your mother?" tidak menunggu masa yang lama, terus saja Erden memeluk wanita di hadapannya yang disangkakannya telah mati 17 tahun yang lalu. Wedry tersenyum gembira kerana sepupunya dapat bertemu semula dengan seorang ibu setelah lama berpisah ulah si lidah bercabang.
Setelah itu, Puan Elsy pun menceritakan serba sedikit mengenai yang terjadi dahulu kala. Serta memberitahu Erden bahawa dia mempunyai seorang adik perempuan iaitu Edianne. Apa lagi, Erden pun melompat dengan teruja. Tak padan betul dengan badan yang tinggi lampai. Puan Elsy terhibur serba sedikit dengan anak lelakinya yang masih bersifat persis waktu kecilnya. Terubat sudah rindunya pada anak lelaki sulungnya.
Terdengar sahaja jeritan yang kuat di luar, mereka pun bergegas ke luar untuk membantu sekiranya Edianne dalam keadaan bahaya. Sampai saja di luar, Erden pun berasa berang dan ingin menuju ke arah pergelutan tersebut. Tetapi, Puan Elsy menghalang Erden untuk menyelamatkan Edianne.
"Don't. Let it be. Today Edyn turn 17 and she will know something special of herself. Just stay calm dear," ujar Puan Elsy tenang sambil matanya terarah kepada Edianne yang sedang bergelut dengan Anne. Kerana dia tahu yang Edianne akan selamatkan dirinya sendiri dengan kelebihan yang bakal Edianne peroleh sekiranya dia punya keinginan untuk bebaskan. Erden hanya menurut sahaja apa yang dikatakan oleh ibunya. Lagi pula dia mungkin akan mengalami cedera teruk memandangkan dia tidak punya sebarang kuasa mahupun senjata.
Ketika itu mereka lihat dengan mata sendiri yang Edianne membekukan Anne dengan tangannya. Persis ratu Elsa dalam filem Frozen! Hampir terkeluar bola mata dari soket nya.
Erden serta Wedry ternganga melihat kemampuan Edianne. Manakala Puan Elsy tersenyum penuh makna. Dia sudah pun tahu mengenai sesuatu. Apakah itu? Biarlah Puan Elsy sahaja yang tahu.
Luar biasa sekali suasana pada malam yang dingin itu!
Pagi yang indah lagi mendamaikan, mereka merasai sendiri cuaca di hutan Arrenland kembali bersuhu normal. Kesemua salji putih serta ais yang selalu menjamah mata kini mencair secairnya! Menampakkan sisi Arrenland yang menghijau seperti dahulu kala.
Edianne terlopong melihat sisi hijau hutan Arrenland yang begitu mengasyikkan di pandangannya. Selama dia hidup di dalam hutan ini, dia hanya melihat tompokkan salji putih di mana-mana. Kini tidak lagi. Udara pun amatlah menenangkan sekali ketika itu.
Kini, terbuktilah bahawa betapa indahnya hutan Arrenland seperti yang diceritakan oleh ibunya selama ini.
Too beautiful from expactation!
"Jadi, apa kita nak buat dengan tugu ini? Tak perlu alih?" Soal Erden yang memegang tugu Anne yang berada di tengah hutan Arrenland. Takut-takut cair, tak ke naya nanti? Tak memasal jadi siri live filem Frozen 2 pula.
"Jangan risau, ais yang Edyn hasilkan ini tidak mampu cair begitu sahaja. Teksturnya akan menjadi seperti sebuah kaca yakni akan mengeras sampai bila-bila," terang Puan Elsy. Sementelah itu, Puan Elsy mengajak mereka pulang ke rumah bersama-sama.
Sekilas Puan Elsy memandang ke belakang, 'jadilah kau tugu di hutan Arrenland ini atas semua perbuatan kau.'
Keesokkan harinya,
Rakyat Kingdom Desdale telah dibenarkan untuk masuk ke hutan Arrenland seperti dahulu tanpa khuatir lagi. Semua rakyat bersorak gembira kerana dapat meluangkan masa semula di sungai Riverfrost yang damai itu.
Pagi itu, Puan Elsy mengajak anak-anaknya berkelah di tepi sungai Riverfrost. Kelihatan ramai keluarga yang dah mula bermandi-manda di sungai yang sangatlah jernih di pandangan sesiapa yang melihatnya. Hati Edianne sangatlah tenang melihatkan suasana Riverfrost yang tidak beku lagi.
"Jadi... Betul lah yang mama cerita selama ini. Riverfrost memang famous!" Ujar Edianne gembira sekali gus melilaukan matanya sekitar Riverfrost yang tidak lagi putih dan beku seperti kebiasaannya. Lepas ni, lagi seronok lah sekiranya baca novel dengan keadaan melihat sungai yang jernih serta mendengar bunyian nya yang mengasyikkan telinga.
"I've told you! Riverfrost memang seronok untuk meluangkan masa also tenangkan minda," Gembira Puan Elsy melihat anaknya dapat merasai suasana seperti ini. Tidaklah hanya pemandangan beku semata. Juga perubahan emosi Edianne yang sudah boleh gembira seperti gadis seusianya.
"Boleh tak abang nak peluk Edyn? Seronok nya ada adik! Cantik pula tu!" Hormon Erden terlebih gembira setelah mendapat tahu gadis yang dianggap sombong selama ini ternyata adik nya sendiri !
"Tak boleh." Marah Edianne datar. Normal Edianne is back!
"Aku pun nak peluk adik kau juga Den!" Sampuk Wedry yang duduk bersebelahan Erden. Edianne hanya memberikan jelingan tajam. Yang tidak-tidak aje lah. Bagi Edianne, bukanlah senang untuk dia menghadam dengan terlalu pantas yang dia mempunyai seorang abang. Take time orang kata. Kemudian, dia pun mula meneruskan pembacaan novelnya. Edianne dan novel berpisah tiada!
"Kalau aku tak boleh peluk, kau pun tak boleh. Baik kau peluk kucing depan rumah aku tu. Sibuk aje," ujar Erden merajuk. Lantas mereka pun tertawa bersama kerana terhibur. Tidak menunggu masa yang lama mereka terus terjun ke dalam sungai Riverfrost yang jernih itu.
Puan Elsy mengelus-elus rambut blonde anaknya itu. 'Finally the last heir was found,' bicara hati kecil Puan Elsy lalu tersenyum tenang.
Winter was end. Let's the summer begin in Arrenland forest!
❄❄𝓣𝓱𝓮 𝓔𝓷𝓭❄❄
#CeritaPendek
#CerpenMelayu
#CeritaRakyat
#SasteraMelayu
#FiksyenMelayu
#CerpenMalaysia
#KaryaSastera
#PenulisanKreatif
#KisahPendek
#KomunitiPenulis
#KisahMelayu
#BlogCerita
#CeritaOnline
Comments
Post a Comment