Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Diari Budak Information Management student - Sem 3





Sem 3 ni adalah di mana bermulanya kelas 100% fizikal kau jah! betul lah aku kata dekat entry sem 2 tuh. Peluh tiakk. Fuhh, dia punya penat tuu...lebih kurang je tapi lebih sikit lah dari zaman sekolah. Sem ni lah banyak main dengan fizikal dan mental. Kalau tak kuat, memang boleh mental kau nokk!

Time sem 3 ni lah kita boleh kenal depan-depan member yang kita selalu communicate online. Kita dah boleh judge sendiri dah perangai memasing sama ada helok ke tak. Perangai lecturer pun memasing kalau yang ok tu ok lah. kalau yang jenis mental tuh, memang boleh bikin koyak kau jah!

For your information, semester 3 ni baru aku faham macam mana politik memilih kelas yang kau nak duduk sepanjang sem. caranya memilih dalam sistem nak kelas apa untuk setiap kod subjek, sama ada kau nak kelas A, B, C, D, E. but, pastikan tidak clash antara setiap subjek. Jadinya, Kalau masing-masing dah ngam dengan member masing-masing, diorang akan pastikan diorang klik satu kelas yang sama. Betapa berpolitikusnya sistem tu. 

Aku punya cerita pulak, memandangkan aku dah berjanji setia dengan seorang partner assingnment aku yang sama kelas semester lepas, maka dengan rela hatinya aku ikut beliau masuk ke kelas E. Maka berusaha lah aku mengenali muka-muka baru untuk ke sekian kalinya. A whole new face bak kata Jasmine. (tapi Jasmine said, A whole new world,) Ahh bedal lah. Janji bunyi sedap!

ohh, btw... batch aku kohort last untuk subjek di atas tuh. 2003 babies be like, always being the closing of everything. Muahahahaah. Nasib ko lah bebudak 2004 dan keatas. mengtabah lah ye belajar silibus baru yang lagi paduuh bak hang.

so, untuk IMD214 , kitorang belajar guna Adobe Illustrator n Adobe Photoshop. Dua ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi ye nok untuk menghasilkan sebuah design yang kevavoom malatups!

Ini hasil dia- E-MAGAZINE

cite pasal assingment lak...itu memang normal ye sebagai anak kos. buat je lah dengan penuh kesabaran dan keredhaan.
 
Bila kerajinan dah sampai seru, aku akan cerita pengalaman sepanjang aku belajar setiap kos dekat atas tu lah ye. 

permulaan sem keras sign off
tu jelah. Nantikan sem 4.
 k bye.

Comments