Ayana baru saja melangkah ke dalam *bookstore flagship* yang terletak di dalam pusat beli-belah elit tengah-tengah bandar. Suasana di kedai buku itu sangat tenang dan estetik—rak buku tersusun rapi, pencahayaan lembut, dan aroma kertas yang mendamaikan. Hatinya teruja, meski hakikatnya, tugas di sini bukan sekadar berdiri dan menyusun buku. Tetapi melayan pelanggan. Oh ya lupa, jawatan yang dia dapat pun namanya pembantu khidmat pelanggan. Sudah tentunyalah dia juga perlu melayan pelanggan.
Hari pertama Ayana diletakkan di bawah department general books. Iaitu, buku umum yang bermula dari kategori self help, psychology, sociology, pregnancy and childcare, food and drinks, crafts and collectibles, humour, sports and hobbies, travel, malaysian collections, asian collections, biographies and memoirs, politics, history, philosopy, new ages, bibles, christian living, religion dan juga general interest. Mula-mula bila dapat tahu tu, ternganga lah juga Ayana dibuatnya. Bukan main banyak kategori dia!
Jadi hari pertamanya dimulakan dengan tugasan mudah: menyusun buku dan menjawab soalan pelanggan. Tetapi selepas sejam, situasi berubah. Kedai mula dipenuhi pelanggan yang datang dengan pelbagai jenis permintaan. Ada yang bertanya tentang novel terbaru, ada yang mencari bahan rujukan, dan ada juga yang sekadar bertanya tentang lokasi tandas,restoran dan surau berdekatan.
Soalan yang paling bikin Ayana garu kepala, setiap kali disoal; "Awak ada *recommendation* buku self-help tak?" tanya seorang pelanggan asing. Tergagau jugalah dia nak ber speaking setelah sekian lama dia tidak berjumpa manusia berlainan etnik.
Ayana cuba tersenyum walau terasa kelat. dalam hati ralit berdoa pelanggan tidak bertanya soalan susah. Dia sendiri pun belum pernah baca apa-apa pun buku selain novel fiksyen. "Oh, boleh cuba yang ini, *Atomic Habits*… buku ni banyak bagi inspirasi untuk ubah rutin hidup. Ramai orang suka!" goreng Ayana.
Pelanggan itu tersenyum puas dan berlalu, tetapi belum sempat Ayana menarik nafas, datang pula sekumpulan ibu-ibu yang mencari buku masakan. Mereka meminta pendapat Ayana tentang resipi masakan sihat, padahal Ayana sendiri tidak pernah masak sejak dia berpindah ke rumah sewa.
Selepas beberapa jam berurusan dengan pelanggan yang tak putus-putus, kaki Ayana mula terasa lenguh. Dia berhenti seketika, duduk bersila di belakang rak, mengambil nafas panjang. Seorang rakan sekerja, Ereena, datang mendekatinya sambil menghulurkan air mineral.
"Aku dulu macam kau jugak, terkejut sebab ingat kerja kat kedai buku ni senang. Rupanya customer service ni lain macam sibuk dia," Ereena ketawa kecil.
Ereena, rakan sekerja nya yang pun seumur dengannya sudah dua bulan berkhidmat sebagai pembantu khidmat pelanggan.
Ayana mengangguk sambil ketawa. "Aku rasa macam dah tolong cari buku lebih banyak dari aku baca buku."
Namun, walaupun letih, Ayana merasa kepuasan setiap kali dapat membantu pelanggan menemui buku yang mereka cari. Ada pelanggan yang akan kembali mengucapkan terima kasih, malah ada juga yang mengirim pesan di media sosial kedai, menyebut namanya dengan ucapan terima kasih.
Pada waktu petang, kedai mula lengang. Ayana mengambil kesempatan itu untuk meronda di rak bahagian fiksyen. Jarinya menyusur perlahan di tepi buku-buku, matanya terpaku pada satu tajuk: *"Cerita Tentang Mereka yang Mencari Diri."* Dalam hati, Ayana tersenyum. Seperti dirinya, setiap buku di sini ada cerita, ada misi untuk "ditemukan."
Jam menunjukkan hampir pukul sepuluh malam, menandakan waktu Ayana untuk mengemas dan bersedia pulang. Penat terasa semakin menjalar, namun, dia tetap tersenyum, mengingatkan dirinya kenapa dia suka berada di sini.
"Besok sambung lagi," katanya perlahan, sebelum melangkah keluar dengan hati yang puas, meninggalkan deretan buku yang seakan-akan menunggu dirinya kembali.
Pada suatu petang yang dingin dek hujan di luar,
"Ayana, mulai bulan depan, awak pindah ke department stationery tau!" kata Abang Asyraff selaku eksekutif bahagian General Books.
"Eh bang kenapa? Saya ada buat salah apa-apa ke? " Ayana terkejut. Dia mula terimbas balik kesalahan apa yang dia lakukan sampai dia harus dipindahkan ke bahagian lain.
"Muka awak tu asal terkejut sangat? Rileks lah. Awak tak ada buat salah apa-apa pun. Benda macam ni normal je. Anggaplah ni suatu bentuk pembelajaran." terang Abang Asyraff.
Dalam hati Ayana, hampir menangis rasanya. Ingatkan dia ada buat sebarang kesalahan. Risau je lah.
Dan perjalanan karier Ayana mula berubah pada bulan hadapannya di bahagian baru
Namun, setelah hampir 3 bulan berkhidmat, terdapat plot twist yang berlaku ke atas dirinya. Yang merubah kesedarannya terhadap perspektif sebuah kedai buku yang besar dan ternama.
Bersambung part 2...
Comments
Post a Comment