Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Diari Anak Nomad (Edisi Sekolah Rendah)

 



Postingan kalini adalah cerita pengalaman nomad edisi sekolah rendah.

 Alkisahnya, Aku berpindah-randah bermula dari darjah 3 lagi. CHUP! Aku pindah sekolah bukan sebab aku buat manyak kes tau, tapi sebab parents yang bertukar-tukar tempat kerja. (orang dewasa sangat complicated lah ye). Jangan risau, Kitonyo dak baik ;p

Darjah 1-2 aku dengan berbahagianya bersekolah di:

PAGI


SRA BATU 10, Cheras




PETANG
SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN, Cheras



Kawan-kawan, jangan cakaplah...ramai weh aku kumpul penat-penat. Tuptup, darjah 3 nak kena pindah. walaweyy!! Nak kata sedih sesangat tu... takdelah sebab time tu masih belum develop  perasaan lagi . Darjah 2 tu lah masa dah berbonding dengan member ngam punya. Dan nak dijadikan cerita, contact memang lost betul lah, sebab zaman tu mana ada phone canggih lagi ann nak bertkar nomborlah, IG, FB pe semua. So, Kenangan bermain dengan diorang, kenakalan sesama sendiri hanya tinggal kenangan jelah. Muka masing-masing mesti makin lawa and hensem-hensem kan? Haihh, acanelah nak jumpa korang balik. Buntu deh!

Cons aku bersekolah di situ pula, setiap kali nak ke sekolah pagi konfirm kena datang awal-awal time langit masih gelap lagi. Kalau tak, memang naya sangkut dalam jem. Kalau petang pula, balik sekolah mesti langit dah gelap menunggu isyak dek bapak aku habis kerja memalam baru habis. aku dengan abang aku berdua terpaksalah tunggu dengan pak jaga kat pagar sekolah tu sambil dengar dia cerita benda-benda mistik yang berlaku kat sekolah tu sambil menghisap rokok daunnya. Tambahan lagi, kedua-dua sekolah itu berada di tengah bandar. Jadi possibility untuk diculik itu adalah tinggi ye!

By the Way, jujur cakap... hidup aku 2 tahun tu memang  tak terurus terox weyh sebab mak aku dah pindah dulu. jadinya tinggal aku dengan abang aku je yang hidup dengan bapak aku kat Cheras. Dia macam... simulasi pra-hidup tanpa seorang ibu. 

Next, aku pindah pula ke sekolah di satu daerah iaitu Kuala Langat. Daerah di mana mak aku memulakan kariernya yang seterusnya secara tetap sebagai ustazah di sekolah. Dan disebabkan betapa tidak terurusnya hidup aku dengan abang aku kat bandar tu, mak aku pun memindahkan kami di sekolah yang bertempat di Kanchong Darat.

PAGI

SK KANCHONG DARAT



PETANG

SRA KANCHONG DARAT

Gladly, 2 sekolah ni menjadi sekolah yang terakhir untuk sesi akademik sekolah rendah. Kawan memang ramai, bestie je kurang- tiada. 2 Sekolah ni aku dapat belajar mencintai alam sekitar sebab lokasinya yang berada di suasana perkampungan. Dan aku menjadi pengayuh basikal handal dek kerana jarak dari sekolah ke rumah waktu tu agak dekat juga. Basikal waktu itu adalah transport penting bagi aku untuk ponteng sekolah ,melencong tempat lain, hiuhiuhiu. Kulit jadi hitam itu wajib. Yelah, basikal manede bumbung. Kahkahkah!

Pergi, balik sekolah, basikal lah jawapannya. Kalori pun turun laju maa!

Jadi, dari pengalaman berpindah-randah ni, aku dapat develop sifat berdikari dan dapat mengenali lagi banyak ragam manusia yang pastinya punya beragam kerenah. Kena buli? Ofkos pernah dek kecantikkan aku waktu itu tidak mencapai standard mereka. Namun, aku bernasib baik, kerana kepintaran aku dapat counter balik rupa paras aku yang tak seberapa. Jadi, tiadalah kena buli dengan teruk.

Itu sahaja.


Comments