Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Ebook: Impian Berharga

 



Blurb

 

Sebuah kisah tentang jatuh, bangkit, dan menemukan cahaya.

Raisha Azzahra punya impian besar — menjadi penulis yang mampu menyentuh hati pembaca. Tapi di sebalik senyuman manis dan tulisan yang menyentuh jiwa, dia menyimpan kisah luka yang tidak ramai tahu.

Pertemuan dengan Adeena Dian di universiti bagaikan satu takdir. Adeena bukan sekadar sahabat, tetapi cahaya yang menuntunnya ke jalan yang lebih baik. Namun, tidak mudah untuk Raisha melepaskan sisi gelap hidupnya — pergaulan bebas, tekanan keluarga, dan rasa kehilangan dalam rumah yang sepatutnya menjadi syurga.

Dugaan demi dugaan hadir menguji persahabatan dan keimanan mereka. Mampukah Raisha kembali ke pangkal jalan? Dan adakah impiannya akan terus tinggal impian — atau akhirnya menjadi kenyataan?

"Impian Berharga" adalah kisah tentang pengampunan, persahabatan yang menyembuhkan, dan perjalanan seorang wanita mencari arah dalam dunia yang semakin bising.

Kerana dalam dunia ini, tidak ada yang lebih berharga...
...daripada impian yang lahir dari hati yang pernah hancur dan dibina semula dengan harapan.




Tekan link ini untuk baca;

Happy reading✨

Comments