Doa
-->
Skip to main content
By the way, cerita ni dihasilkan sewaktu frust dengan COVY and time tu trial SPM nak dekat dah. Letak kat sini sebab rasa macam berharga pulak cerita ni. Silakanlah baca....
Jari-jemariku ligat menari-narikan pen berwarna biru diatas halaman buku penulisanku. Cikgu Yati, merangkap guru Bahasa Melayu kelas ku meminta kami semua menghantar kerja yang diberinya hari ini juga. Aku, seperti biasalah ideaku sentiasa mencurah-curah bagai air hujan di luar kelasku ketika ini.
“Ah, siap juga akhirnya. Aku dah siap. Korang ni lembab sangatlah,” cemuhku kepada rakan sekelasku yang masih terkial-kial mencari idea dalam membina sebuah karangan. Delisha rakan semejaku mencerlungkan matanya kearahku menandakan dia sedang marah. “Kau...boleh tak mulut tu cakap elok sikit,” ujarnya tegas. Walaupun dia sedang marah, tampak sungguh cantik bagiku. Kemarahannya hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiriku sahaja. ‘peduli apa aku,’ bisik hatiku lantas meninggalkan kelasku untuk menghantar buku penulisanku yang sudah disiapkan.
“Kenapa dia tu berlagak sangat? Dah siap pun kecoh. Tahulah otak dia bergeliga tahap petala tujuh!" ujar salah seorang rakan sekelasnya. Seluruh rakan sekelasku tidak puas hati terhadapku. Mengapa? Yalah, aku kan pandai bukan macam mereka semua tu. Lembab macam kura-kura. Mereka tu dengki padaku sebenarnya.
Amboi, kau punya bangga diri tu boleh bikin rumah tepi pantai hancur terhempas dek ombak!
Aku rasa, aku tidak perilu pun buat karangan yang diberikan kerana aku sudah hebatlah dalam merangka karangan ini. Aku yakin dan tentu akan memperoleh markah tertinggi untuk subjek Bahasa Melayu. Termasuk juga semua subjek yang aku belajar. Semua cikgu bangga mempunyai murid yang bijaksana seperti aku. Tetapi, rakan-rakan sekelasku selalu memandang serong terhadapku. Cemburulah itu kerana tidak dianugerahi otak yang bijaksana laksana kancil sepertiku ini.
“Heh, tak perlulah nak baca buku ni semua, Buang masa tahu tak!" Teriakku kepada rakan sekelasku apabila menjelang ujian bulanan. Bagiku, membaca buku ini hanya membuang masa dan tenaga. Baca buku ini hanya untuk budak sekolah rendah sajalah!
“Kau ni, hormatlah sikit kami ni nak membaca. Aku tahu kau ini tersangatlah pintar. Boleh ya?” nasihat Delisha yang sedang bertungkus-lumus membaca buku. Aku tidak baca buku pun, kerana aku tahu aku akan selalu mendahului rakan sekelasku yang lain. Buktinya, aku seringkali memperoleh tempat yang pertama di dalam kelas untuk setiap peperiksaan saban tahun. Seperti biasalah, Delisha akan menjadi kaunselor tidak berbayarku. “Aku rasa kau sepatutnya bersyukur sebab tuhan dah bagi kau anugerah kebijaksanaan sebegini. Tak perlulah kau alpa dengan apa yang kau ada sekarang,” tegur Delisha dengan nada yang lembut. Sahabat mestilah saling tegur-menegur barulah hubungan persahabatan kekal.
“Eleh, kau bagi aku nasihat bagai ni... kau cemburukan sebenarnya? Cakap jelah, tak perlu nak bagi aku nasihat bagai. Aku tahu aku ni lagi bijak dari kau, heh,” balasku riak.
“Sungguh, aku...,",
belum pun Delisha menghabiskan kalamnya, aku pun meninggalkannya begitu sahaja. ‘Kau dengan mereka itu, sama saja. Dengki dengan aku, herghh!’ gumamku. Delisha hanya mampu menghantar pemergianku dengan gelengan kepala. ‘Aku harap kau sedarlah apa yang kau ada ni, bila-bila masa saja tuhan boleh tarik,' doa Delisha dalam hati. Dia berharap bahawa sahabatnya itu tidak selamanya membangga diri hingga hanyut ditelan arus.
Kejayaan yang tidak disertai usaha tidak semestinya akan menjadi, kerana kejayaan yang mahu dikecapi tidak akan datang bergolek semudah itu. Percayalah.
Sedang semua rakan kelasku khusyuk menelaah pelajaran, aku hanya melihat mereka dengan perasaan yang jelik dan hanya menggoyang kaki. ‘Orang pandai macam aku ni, semua dah ada dalam otak. Dasar otak lembab,’ bisik hati jahatku. “Baca jelah buku. Orang pandai ke, tak pandai ke, perlu membaca juga. Membaca kan jambatan ilmu. Dengan membaca...” bebel Delisha.
‘Hish, membebel pula minah ni pasal membaca jambatan ilmu pula,” gumamku lalu meletakkan kepala diatas meja dan memejamkan mata ingin menuju ke bulan. “Eh dia ni, aku belum habis cakap, selamba saja tidur. Kau jangan sampai menyesal di kemudian hari nanti,” ucap Delisha lalu menyambung semula sesi menelaah subjek sains. Bukan macam budak sebelah ni, tiada cikgu saja tidur termimpi-mimpi boleh sampai ke bulanlah ibaratnya!
Apa sahaja yang Delisha sampaikan ada benarnya. Cuma, sahabatnya itu seorang manusia yang mempunyai ego tinggi melangit. Kalau diturunkan sedikit darjah keegoannya itu, sudah tentu rakan sekelas kami akan suka pada dia dan tidak memandang serong lagi. Sahabatnya itu manalah pernah mahu sedar akan tahap kebencian rakan-rakan terhadap dirinya. Yang dia tahu, dialah yang paling pandai antara kami semua. Eee, menyampah!
6 bulan kemudian,
“Dah nak percubaan ni pun kau langsung tak baca buku juga?” soal Delisha kehairanan. Ketika itu, aku sedang leka menconteng buku kosongku menghasilkan seni. Aku pun pandai melukislah!
“Buat apa baca buku? Aku dah pandai, semua maklumat segalaformula bagai tu, dah ada dalam kepala otak aku yang bijak ni!” ujarku dengan riak selamba menambah perencah rasa dalam ayat.
“Kau jangan disebabkan kau tak baca buku walau sedikit pun kau dah bangga macam ni! Baiklah, kalau kau rasa kau dah yakin sangat dapat semua A untuk keputusan percubaan ni, teruskanlah dengan sikap kau sebegini sehingga SPM sebenar nanti! Aku nak tengok sejauh mana kau mampu hidup tanpa usaha yang keras,” gertak Delisha yang sudah tidak mampu menahan kesabarannya apabila melihat kawan baiknya bersikap mementingkan diri dan berlagak.
Seperti biasalah, aku dengar tak dengar saja apa yang dikatakan oleh Delisha. Dah semestinya aku peroleh semua A! Ni mesti dengki sangat dengan aku sebab tak baca buku, tu yang meroyan tidak tentu pasal.
Setelah Delisha melampiaskan segala apa yang terbuku di hatinya kepadaku, Delisha berasa lega kerana dia sudah beritahu apa yang patut kepada sahabatnya yang seorang itu agar dia sedar akan sikapnya yang satu ini. Percayalah wahai Delisha, dia tidak akan hadam pun sepatah kata yang kau hamburkan tadi. Sia-sia sajalah apa yang kau lampiskan padanya tadi!
Delisha beristighfar berulang kali dan berdoa agar sahabatnya itu sedar akan
kesilapannya itu. Sesungguhnya, dia mahukan sahabatnya yang dahulu, yang selalu
membantu dirinya dalam memahami sesuatu subjek yang tidak difahaminya.
Sahabatnya yang dulu tidak membangga diri seteruk ini. Kini, entah apa yang
merasuki diri sahabatnya hingga dia yang sekarang ini, membangga diri seperti dia
tidak mempunyai sang pencipta. Diri sahabatnya kini, tidak ubah seperti seseorang
yang lupa daratan. Yang tersesat di arena berbeza.
Delisha tahu, dia perlu memimpin sahabatnya semula ke pangkal jalan. Moga-moga
sahabatnya berubah kepada sikap dirinya yang dahulu. Semoga mereka berdua
sama-sama berjaya dengan keredhaan-Nya.
Hari demi hari berlalu, tamatlah sudah perjuangan sementara bagi para pelajar yang
menduduki Peperiksaan Percubaan SPM. Masing-masing kelihatan sudah boleh
menghembus nafas dengan lega walaupun masih tersekat setelah berhempas-pulas.
menjawab peperiksaan percubaan. Ini baru Percubaan SPM, belum lagi SPM yang
sebenar. Aku dah sememangnya lega dari hari pertama lagi. Budak yang dah tentu-
tentu dapat semua A tidak perlulah risau!
“Macam mana? Semua ok?” ujar Delisha. Walaupun sahabatnya itu berkeras yang
dialah paling pintar, namun Delisha tetap melayaninya seperti tiada apa yang
berlaku. Itulah seorang sahabat yang baik. Dikala sahabatnya terumbang-ambing
mencari jalan sebenar, dia sentiasa sedia memimpin semula sahabatnya ke jalan
asal.
“Kau tak perlu tanya aku ok ke tidak. Aku sentiasa ok dengan apa yang aku buat,”
desisku selamba.
Hari ini adalah hari yang bersejarah buatku. Aku bakal mengetahui keputusan
Percubaan SPM ku. ‘Mesti aku dapat semua A ni, yuhuu!’ bisikku kegembiraan. Aku
hanya menjeling sahaja Delisha yang berada di sebelahku. Kini giliranku mengambil
keputusanku dengan penuh berkeyakinan.
Setelah mengambil slip keputusan, aku dengan perasaan gembiranya melihat setiap
subjek yang tertera diatas slip. Tanpa diduga, mataku terbuka seluas-luasnya lantas
mulutku turut terlopong. “Apa!" Tidak semena-menanya aku jatuh menyembah bumi
bersama keputusan yang tidak akan pernah ku jangkakan. Nasibku baik apabila
Delisha sempat memautku dan duniaku terus kelam.
“Kau kenapa ni? Ya Allah,” lantas Delisha meminta pertolongan kepada guru yang
lalu berdekatan.
Lihatlah, bahawa Allah boleh tarik sahaja anugerah yang telah dikurniakannya
kepada hamba-hambanya yang lalai dan leka.
Semingu kemudian,
“Aku terkejut juga tiba-tiba sahaja kau pengsan lepas ambil slip. Aku fikir kau akan
melonjak keriangan, rupa-rupanya jatuh sembah bumi,” gurau Delisha padaku.
“Yalah, salah aku. Aku yang riak, takbur pada semua orang,” ujarku perlahan.
Setelah aku bangun daripada pengsan selama dua hari, aku mulai sedar, sikapku
yang terlalu membangga diri atas kepintaranku telah mendapat balasannya. Aku
menyesal tidak mengambil endah apa yang sahabatku bicarakan.
“Aku tak sangka dapat semua gagal! Aku tak pernah terfikir pun aku akan gagal
seteruk ini. Delisha, maafkan aku atas segala kekhilafan aku selama ini,” tuturku
dengan bicara yang syahdu lantas aku memeluk sahabatku itu dengan esakan yang
penuh. Terima kasih kepada Allah yang telah menyelamatkanku dari terus hanyut.
Tidak lupa juga kepada sahabat baikku, Delisha yang tidak jemu menasihatiku
senantiasa.
Betul lah penulisan setiap pengarang, benarlah setiap karya pengarah, setiap watak
yang dilakonkan pasti akan menyesali atas kesalahan mereka setelah mendapat
balasan dari yang Maha Esa. Dunia penulisan dan lakonan tidak pernah lari jauh dari
kehidupan realiti seperti kisahku dan kisah kebanyakkan.
Setelah kisah laluku menjadi sejarah hitamku, kini aku membuka semula lembaran
yang baru untuk mengisi kisah yang manis. Aku sudah mula menjinakkan diriku
ssemula dengan dunia pembacaan atas teguran sahabatku yamg manis lagi cantik
bak bidadari.
Aku mulai membantu rakan ku yang memerlukan bantuan ku dalam apa jua subjek.
Alhamdulillah, hati ku kini mulai tenang berbanding yang dahulu. Pepatah melayu
ada mengatakan, ‘buang yang keruh, ambil yang jernih,’
Aku senang melihat rakan sekelasku kembali menegurku. Mereka memanjatkan
kesyukuran kerana diriku yang dahulu kini telah kembali.
Aku dan Delisha seringkali mengulangkaji pelajaran bersama-sama sehinggalah
hari perjuangan yang paling digentari oleh seluruh pelajar tingkatan lima telah tiba.
Inilah masanya untuk kita bersama-sama berjuang demi membanggakan sekolah
masing-masing dan negeri yang tercinta!
Sebulan kemudian,
“Alhamdulillah, berakhir juga peperangan kita untuk kali ini. Aku doakan kamu
semua dapat naik pentas bersama-samal!” teriakku kepada rakan-rakan sekelasku
dengan riak teruja.
“InsyaAllah, kita sama-sama berdoa ya!” balas salah seorang rakanku. Delisha kini
mampu tersenyum gembira melihatkan perubahan sikapku yang kini.
Akhirnya, aku berjaya menghapuskan sifat silamku dengan menggantikan sikapku
yang telah lama ku tinggalkan.
“Delisha, terima kasih kerana sudi bimbing aku sampai hari ini. Aku harap kita tidak
akan saling melupakan sesama sendiri walau kita dah ke haluan masing-masing,”
ucapku ikhlas.
“Sama-sama, kita kan sahabat. Kau salah aku tegur, aku salah kau tegur. Aku
gembira sangat dengan kau yang sekarang ini. Aku harap kau tidak akan
menyimpang jauh lagi lepas ini,” ujar Delisha. Alahai, manisnya bicara sahabatku
yang seorang ini, boleh cair aku dibuatnya!
“Kalau aku menyimpang lagi?” soalku bernada gurauan. “Nampak ni? Aku bagi
sekeping nanti,” balas Delisha yang sedang menunjukkan lima jari yang sedang
terbuka. Gaya melempang. Sejurus itu, aku pun tertawa diikuti Delisha. Sungguh,
aku akan merindui detik sebegini.
“Kawan-kawanku sekalian, jom kita ambil gambar!” Hah, tu dia fotografer kelas dah
panggil untuk mengambil gambar terakhir kami untuk tahun 2020.
Setelah menyusun kedudukan mengikut ketinggian, “1...2...3... senyum!”
KLIK!
KLIK!
Beberapa gaya telah kami persembahkan sebagai momento yang terakhir. Aku
tahu, kejayaan tidak akan datang bergolek dengan mudah tanpa usaha yang keras
dan bersungguh-sungguh. Ketahuilah bahawa usaha yang dilakukan
mencerminkan kejayaan yang mendatang.
TAMATTE.
(psss..tak sangka cerpen ni dpt masuk majalah sekolah edisi 2020)
#CeritaPendek
#CerpenMelayu
#CeritaRakyat #SasteraMelayu #FiksyenMelayu #CerpenMalaysia #KaryaSastera #PenulisanKreatif #KisahPendek #KomunitiPenulis #KisahMelayu #BlogCerita #CeritaOnline
Comments
Post a Comment