Doa
-->
Skip to main content
PINJAMAN TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR (TKWBNS)
Pada kali ini, aku nak story pasal pinjaman yang aku pinjam selama aku study Diploma. As student memang memerlukan duit yang banyak . Takkan lah nak mengharapkan duit parents. so research punya research, jumpalah pinjaman yang under Selangor ni. Memang langkah kanan betul lah. Memandangkan aku memang lahir kat Selangor and membesar sekali. Maka PTPTN pun aku tolak aje tepi, Selangor diutamakan! yang aku pinjam ialah Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PUBDN).
Baca lah syarat-syarat nak mohon dia acane. and tunggu la tarikh baru yang akan dibuka.
Bila dah settle isi segala macam maklumat pasal korang, maka lanjutlah step wajib seterusnya untuk kau dapatkan pinjaman dia.
1. INTERVIEW
4 minggu kemudian...dia akan panggil korang untuk interview untuk melayakkan diri korang boleh dapat ke tak. Masa aku nak interview waktu tu tgh covy... so, aku interview online je. untung en. Takdelah gugup mana. maybe kalau situasi sekarang dah elok , korang kena ke pejabat dia lah kat Shah Alam.
Then, beberapa mingguu lepas itu, sekiranya korang layak, korang kena klik terima tawaran lah dekat website dia. apa pun korang perlu daftar dulu akaun sebagai pengguna baru. Bila dah cetak segala benda, korang pergilah step ke 2 ni.
2. MENCETAK APA YANG PERLU DICETAK
Then, bukak lah dashboard website korang 4 minggu kemudian. Banyak borang yang perlu dicetak-cetak untuk proses penyerahan nanti. pergilah kau cari tanda tangan penjamin. Kemudian tandatangan tok ketua kampung, guru besar sekolah menengah ke atau yang bersamaan dengannyalah, nak sesuatu opkos must full of effort!
3.. WAJIB BUKA AKAUN BANK MUAMALAT
jangan tanya kenapa, buat ajelah! pergi mana -mana kaunter bank muamalat yang berdekatan korang. Then, cakap "saya nak buka akaun sebab pinjaman TKWBNS". Pastu bagilah korang punya surat tawaran kat pegawai depan ko tu. nanti taulah diorang nak buat apa. Kalau dah ada akaun bank muamalat, tak payahlah gatal kaki nak pergi. Ko tamak ke hape? terus je proceed dengan akaun bank korang tuh. Bank dah settle!
4. PENYERAHAN PERJANJIAN
waktu ni, semua benda dah kena settlekan. borang perjanjian tu, kena cetak sampai 5 tau! bukan 5 keping tapi, 5 Copy perjanjian tu. dan 5 perjanjian tu ko kena bawak kaunter LHDN berdekatan cakap nak cop mati. sebelum pergi LHDN korang kena beli setem mati kat pejabat pos dulu cakap nak beli "setem hasil 5 bang!" if LHDN tempat korang takde provide setem hasil.
harga 10 hinggit lah. lepas beli tu pastu baru gerak LHDN nanti pegawai dia kasi setel lah. tak makan hari pun. Kalau pegawai tu mampu buat 5 saat... 5 saat je lah kau tunggu kat kaunter tenung pegawai tu.
maka settle lah urusan korang mengenai borang segala macam yang perlu korang bawak dekat proses penyerahan perjanjian nanti kat pejabat SUK. kat mana, pergilah tanya google maps sendiri. Tips, mula dari muka surat 1 sampai terakhir perjanjian tu kena ada tanda tangan penjamin 1&2. muka surt akhir perjanjian tu ko takyah pening-pening nak tandatangan pegawai sape... nanti dekat hari penyerahan tu ada pegawai yang akan tandatangan kan kalau korang punya kosong lagi dekat bahagian tanda tangan pegawai something2.
5. HARI PENYERAHAN PERJANJIAN
Berbekalkan arah dari Google maps, geraklah korang ke tempat yang sudah di janjikan dalam borang tawaran. Pastikan korang bawa segala borang yang kena bawak. kalau tak, naya lah hidup korang kang. Kalau rumah ko dekat area situ je @ naik kereta dengan family memang selamatlah. kalau orang yang area jauh tambah pulak nak ke mana-mana sendiri kena naik grab.... padah jawabnya. Pastikan buat double check. perjanjian tu 5 copy bukan 5 helai. uhukkuhkk.
Dah sampai kat tempat tu, pergilah kat kaunter tanya dewan ni kat mana, pastu jalanlah ikut arah yang dah ditunjuk. dah sampai kat dewan tu hah follow lah the flow orang lain buat ape. bila dah sampai giiran untu kau serah borang kau semua tu... haaa dah settle. boleh tarik napas lega.
4 minggu kemudian..tengok dalam bank... woww duit dah masyuk!! (RM3000). so, berbelanjalah secara bijak! jangan boros pulak. sekian.
ini based zaman covid masih melanda lagi. kalau situasi sekarang ni dah ok,lainla kut flow dia, tapi borang pe semua tu tetap sama. choww!
nak penjelasan, komen je kat bawah😏👇
Comments
Post a Comment