Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Diari Anak Nomad (Edisi Sekolah menengah)



Baiklah, cerita aku kali ini agak menarik juga untuk aku kongsikan pada korang.

Kenapa? pandai-pandai koranglah nak anggap cerita aku ni bosan ke tak...

selama hidup zaman persekolahan aku, aku tak pernah stay dekat sekolah tu sampai tamat zaman persekolahan. Macam mana tu? 

Sejak zaman sekolah rendah lagi aku macam nomad. Darjah 1-2 sekolah  lain then darjah 3-6 pulak sekolah lain. Gitulah... (baca di DAN- edisi Sekolah rendah)

Aku ingatkan kisah nomad aku akan berhenti di situ je, rupanya tidak...bersambung pula ke zaman yang aku nak cerita ni. ZAMAN SEKOLAH MENENGAH.

kalini punya nomad paling dahsyat seumur hidup aku, HAHAHAHAHAHA. 

Kau bayangkan aku sekolah Tingkatan 1 dua kali pindah. sekolah SMK sekejap je (sebulan je) then, pindah sekolah pondok sampai lah bulan 12.

Lepastu, Pindah lah sekolah lagi. sekolah swasta pulekk. Tapi, hikayat aku kat situ pun tak lama. Cuma dari tingkatan 2 - tingkatan 3 sahaja.Nak diikutkan alkisahnya, sepatutnya tingkatan 3 pun aku kena pindah juga tapi, tak boleh, Aku masih berat nak tinggalkan kawan-kawan aku dekat sekolah tu.

Jadi, tingkatan 4 lah aku pindah sekolah. Sekolah kalini ynag terakhir dalam zaman persekolahan aku. Kalini balik semula ke sekolah SMK tapi asrama. alhamdulillah, untuk sekolah yang terakhir ni aku stay sampailah aku mengakhiri zaman persekolahan yang sebenarnya dengan tidak jayanya. 

Maksud aku, tak seronok lah sebab tak dapat sambut graduasi tingkatan 5 kerana si Cobid 19 ni lah.Sudahnya zaman Senior aku berlalu macam air banjir jelah. nak buat macam mana. Reda jelah mampu.

Akhir sekali, Insyaallah untuk zaman unversiti nanti aku dah tak jadi nomad dah. Aku akan setia sampai akhir diploma. Sekian.

2016






2017-2018








2019-2020+2021





Comments