Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Diari Budak Information Management Student - Sem 5


ONE STEP CLOSER TO GRADUATE!!✨👩‍🎓

 

Dann... inilah subjek-subjek terakhir untuk bergelar graduan diploma pengurusan maklumat. orang putih kata, one step closer gitu. dan juga sadly, subjek cohort mudah terakhir bagi batch 03. sebab batch lepas kitorang akan guna cohort baru dah. Well, dak 03 memang selalu jadi penutup subjek mudah sejak zaman sekolah lagi. Ngahahahah!

Boleh dikatakan... masing-masing ada cabaran nya yang tersendiri. Kau orang takkan boleh predict punya. well disebabkan waktu sekarang ni macam boek punya mood nak bercerita... meh aku kasi cerita dan explain satu-satu berdasarkan apa yang aku alami sebagai senior..uhukk!

Ayoohh kita Terobekk kenangan silam! (padahal baru habis bulan 3 haritu hekelehh)

Nak dijadikan awal cerita, Untuk semester 5... aku pada awalnya masih kekal ingin duduk di dalam kelas A. Seperti yang korang sedia maklum, kelas diploma IM UiTM Segamat batch aku time tu terbahagi kepada 5 kelas A,B,C,D,E. Setelah 2 minggu berada di dalam kelas A untuk sem 5, aku dengan berat hatinya pindah masuk ke kelas E. Mula-mula aku ingat nak setia je kat kelas yang sama memandangkan dah senior ni kan. Malangnya, prinsip setia dah tak boleh nak diaplikasikan dengan situasi dan keadaan yang menyesakkan.

Why? Sebab kumpulan assingment  yang sekepala dengan aku tak ramai dalam kelas A. Dan-dan pula assingment untuk sem 5 ni, ada yang memerlukan 6 kepala.

Dek kerana, keadaan memaksa aku untuk pindah semula ke kelas E yang aku dah pernah jejak waktu sem 3 dulu.  Sebab, bila aku fikirkan dalam-dalam, kumpulan aku (yang sedia ada 3 orang) akan menjadi  perfect sekiranya aku bergabung dengan lagi 3 member aku yang aku dah memang kenal  ada kat kelas E tu. Memang complicated hidup berkumpulan ni. Kau tolaklah macam mana pun hidup berkumpulan/ berpuak bagai ni, memang tak mudah ye. sebab, itu adalah salah satu inisiatif untuk memudahkan kerja korang... nak-nak assingment berkumpulan. 

Sudut positifnya, untuk melatih semangat berpasukan bila dah masuk kerja nanti. 

Done Mukaddimah, ayohh masuk ke inti sebenarnya.

1. ENT300 (bina empayar bisnes impian anda!!)

Subjek ni memang korang tanyalah mana-mana kos pun yang ada dalam semua cawangan UiTM, Konfirm wajib ambil demi segulung Diploma.  Aku adalah salah seorang yang ingin menentangnya, means nak drop. Tapi, tak boleh. Sebab nanti tak dapat diploma bak kata salah seorang pensyarah akademik aku. Memang gelisah tul aku time tu. Dah lah aku ni sejenis manusia yang tak suka, tak reti berbisnes nih.. Namun, aku terrrpaksa gagahkan jua. Dan, aku bersyukur nasib menyebelahi aku. Nasib baik dia  hanyalah assingment yang  perlu buat ramai-ramai (6 0rang). Syukur gile. kalau buat sorang... mahu ketar-ketir aku.  

Maka, bermulalah perjuangan kami berenam sewaktu week 4. Buat pengetahuan anda. ENT300 ini mempunyai 3 jenis assingment yang harus dilakukan.

Assingment 1 -  Business Oppurtunity = pada asalnya, ianya perlu dilakukan secara individu. namun atas belas ehsan pensyarah kelas kami yang sangatlah baik hati, kami boleh lakukan jualan secara berkumpulan iaitu terdiri daripada 6 orang. Memang aku gembira lah. Introbet macam aku memang lurve amat. Jadi, kami dikehendaki menjual barang diantara para pelajar UiTM Segamat benda-benda yang memudahkan pelajar di kampus, bukan makanan  dan juga haruslah mesra poket.

 Then,  Sok-sek, pung-pang-pung-pang kumpulan aku decide untuk jual... Stokin kawaii dari Eco Shop! mesra poket Client, mesra lagi poket supplier rabak seperti kami..ngeheheheh.  

So, barang-barang tu, kami berenam keluarlah shopping di bandar dengan bermodalkan wang sendiri. Sambil-sambil tu, sempatlah juga pergi melencong tengok wayang.

Dah selesai  beli barang-barang tersebut, selepas itu, kami perlu mempromosikan pula di medsos pilihan. Kalau tak ada client nak beli, kita kasi sogok-sogok sikit dari member-member kelas lain dengan alasan "support member". hidup ni mudah kan. Aku je yang rasa susah.

 next, ni part yang susah sikit. Kena buat report lah pulek. Issokay, dengan kuasa 6 otak, selagi boleh goreng fakta, kita goreng dia!! sampai jadi nasi goreng yang enak dimakan begitu saja.

Then, dah siap buat apa? submit lah dalam Ufuture pe lagi.

Ok Assingment 1 setel. dah boleh lega sikijap. eh, sabo jangan rilek dulu. Assingment 2 dah ketuk pintu. IT COMING NEXT!

Assingment 2 - Business Plan = Ini lah yang boleh dikategorikan sebagai adventure. Sebab apa? Sebab kita kena ikut logik akal yang waras dan mempunyai imaginasi yang superb kahkahkah. Jadi, dengan keahlian seramai 6 orang, Kami harus memikirkan bisnes apa yang kami mahu bangunkan. Mujur bukan real. Boleh dikatakan macam Simulasi lah gitu. Kalau real, mahu rabak poket pensyarah nak kena bagi setiap kumpulan dalam satu kelas modal RM200,000 kahkakah. 

Bermodalkan RM200,000 tipu-tipu, kami perlu membangun sebuah syarikat yang berbisneskan apa yang kami mahukan. You name it, Fashion, Food, Printing, etc. Semua boleh. sokseksoksek-pungpangpungpang, Pertama sekali kami haruslah melantik sesama sendiri jawatan sebagai Manager, Administrative, Production, Marketing, Financial untuk bakal syarikat tipu-tipu kami.  Jadi, aku antara salah seorang manusia yang suka mengalah dulu kasi member kumpulan nak jawatan apa. Dan, masing-masing menyebut jawatan yang diingini meninggalkan satu jawatan yang semacam tidak berani disandang oleh masing-masing. Sudah tentunya Manager a.k.a Boss. Takut sangat nak jadi manager. Waduh, memang aku tiada pilihan lain dah. Aku lah yang kena jadi manager syarikat. Sebab aku punya konfiden level tahap kepala kak jirafah. Takpelah redho. Bukan nya betul² pun kan.

Balik tu, aku adalah buat research sesikit pasal jawatan manager dalam assingment ni. Daripada muka kelat menjadi tersenyum suka sebab... Manager lah tak ada langsung kira²!! Untuk manusia benak nombor macam aku ni, memang heaven gila bapakk! Sadly, jawatan lain lah yang ada mengira bagai. Hambekk ko..kahkahkah!! Manager ni modal dia kena konfiden level yang tinggi sebab untuk assingment 3 menanti insan seoerti mereka.

So, sebagai manager syarikat, aku pun pikir² nak buat bisnes apa. Supsapsupsap, aku terpandangkan sebiji roti yang aku beli dari Eco bakery. Dengan itu kepala aku memikirkan, aku nak buat bisnes FnB iaitu bakeri ala jepang! 

Jujur kali, nak decide bisnes pun bukan mudah ye. Nak² kumpulan aku ni majoritinya jenis kaki last minit. Memang makan masa lah juga prosesnya. Tidak mengapa. Aku selaku manager, mempunyai skill kesabaran yang sangatlah tinggi. Benda boleh rileks brader.

-* Ni baru satu subjek. Kok sudah berjela. Banyak lagi aku nak muntahkan untuk subjek lain nih. Korang nak berehat jap silakan.

🖊🖊🖊🖊

Sambung, manager ni kerja awal dia, perlu mengarah dan menyemak dan menyetujui hasil kerja bawahan. Jadi, aku sebagai manager yang terpaling open minded. Sukahati diorang lah nak buat macam mana pun. Aku tak cerewet dan terlalu mengongkong. Apa nak jadi-jadilah sesuai kehendak masing-masing gitu. Betapa untungnya pekerja aku. Kahkahkah!(sebenarnya untuk mengelakkan terjadinya drama pengkhianatan,iri hati, dengki, dan lain-lain)

Cakap pasal drama, memang akan ada satu masa ianya akan ter shoot juga once in a lifetime even kau cuba untuk elak macam mana sekalipun, walau di mana institusi pun tidak mengira usia sebab hati manusia ni beragam jenis perisa dia antara satu sama lain. Well, kalau tiada sebarang drama dalam hidup, idoklah namanya kehidupan kan? Bagusnya ada drama ni, orang yang pandang hidup secara positif akan ambil sebagai pengajaran untuk upgrade fikiran dia ke arah lebih matang.

Tapi yang penatnya, orang yang tak ada kena-mengena pun boleh terbabit sampai kerja satu kumpulan boleh kucar-kacir. (Sedikit tumpahan teh☕ biar cerita ni menarik, tertarik, kebaboom!hiukhiuk)

Jauh dah kemelalutannya pergi.

Back to story, jadi sebagai seketul manager yang kalau dia bosan, dia akan mulakan dulu dengan membuka slide untuk pembikinan report. Aslinya, report haruslah dibikin di dalam bentuk document (ms Word) Namun, memandangkan pensyarah aku ni jenis yang terlalu rahmah ehsan beliau, makanya dia menyuruh kami melakukannya dalam bentuk slide (powerpoint/canva) Alasan beliau kerana, " bosanlah tengok teks hitam putih je memanjang. Biarlah hasil kerja korang berwarna-warni biar menarik" (dialog telah disedapkan bunyinya kerana dialog asal samar-samar diingatan) 

Aku pun macam tertanya-tanya lah juga dengan personaliti pensyarah ENT kelas aku ni, umur beliau dah masuk 60 namun, hasil kerja yang beliau mahukan seperti hasil kerja gen Z zaman now. Memang SOLID sir! 

Assingment 3- Business Pitching= Jadi, tugas yang agak berat ni jatuh kepada..... si manager! Taklah berat mana, cuma... Agak payah juga untuk orang yang tak minat nak bercakap. Sebab dia kena present dengan cara buat video max 3 min mengenai bisnes yang kitorang dah bina ni. Payah bagi aku sebab kena buat skrip pastu nak kena hafal ... speaking lak tuh. Banyak take jugak aku buat sebab tersasul lah, gangguan manusia lain lah lupa lah ape lah. Then, kena ngedit bagi nampak clean n smooth untuk di upload ke YT then link perlu diberi ke sir. Renyah tak renyah gitu. 

So far, nasib subjek ni tamat dengan jayanya. Takde lah kena jumpa balik. Haru kalau ketemu semula. Oh yeah!!
 
Cover report business sek kito ber 6




ENT300✅

Next, story mory untuk subjek.... 

2. IMD311 (kita ni bakal web developer ke?) 

Pada awalnya aku rasa agak leceh dan geram untuk subjek ini. Namun, setelah ditelusuri sedalamnya... Aku jadi suka N bertambah lurve aku untuk belajar this subject matter! Sebab apa? 

Subjek ni semestinya akan disukai oleh mangsa yang nak masuk kos sains komputer tapi UPU dah betray diorang. 

To cut it short, untuk sem 5 ini aku belajar buat website menggunakan HTML,CSS dan juga JavaScript. Hal ini kerana, kitorang ni kan bakal pekerja information, jadi skill ni amat penting untuk menjadikan kitorang sebagai manusia maklumat yang serba boleh! mula-mula dengar macam tak logik juga untuk kos ni belajar benda alah ni. dan juga hanya untuk budak sains komputer je. namun, bila dah lama-lama belajar, aku baru sedar yang subjek ni sebenarnya seronok dan akan memudahkan kitorang suatu hari nanti. Iyalah, mana ada ilmu yang sia-sia ye tak? kita je yang perlu pandai gunakan dia. 

nak belajar subjek ni, opkos laptop kena padu n otak kena cepat tangkap. kalau takde laptop pun boleh je guna PC dalam bilik kelas...tak boleh. kena ada laptop gak sebab dia punya assingment memang perlu kan dia. WAJIB. 
 
Software yang terlibat untuk subjek ni, VISUAL STUDIO CODE. Dengan sofware, ni boleh lah buat kitorang merasa jadi Programmer pro. It,s mean kitorang kena bina website from scratch. Yang paling tak boleh blah nya, lecturer kitorang tu dulu dia belajar guna software Adobe Dreamweaver je, which is dah ready template tinggal diubah sesedap rasa ikut suka. Adakah adil begitu? Nasib baik dia willing untuk belajar balik sama-sama macam kitorang gak. She is an Indian lecturer quite enthusiast!



Untuk bina sebuah website, takdelah kitorang tak belajar apa-apa. adalah beberapa topik yang kitorang kena belajar supaya tak kosong.

Then, dia punya Assingment wajib  ada 2 jenis yang boleh bikin otak kitorang kebaboom meletop! Dan juga 1 final exam online tapi jasad kena ada dalam kelas. tak paham? buat-buat faham.

Assingment 1- Individual Assingment (Personal website)

Dengar je kena buat assingment yang ini, masing-masing panik. (semua jenis aassingment pun boleh bikin panik sebenarnya;( )
It's time too shine! eh tak.. Its time to start make our own website. Tak kisah lah macam mana design pon, yang penting kena menepati requirement yang diminta. Kalau tak...sia-sia je lah markah mung, rugi!

trick nakal kalau zero idea sangat, kitorang akan guna Chat GPT. sangat membantu. Syukur masuk Uni zaman moden sekarang. Otak tengah benak cari siapa? ChatGPT!
Banyak juga minggu diberikan. takdelah rushing sangat. Tapi yang membuat kan kitorang rasa terhimpit pun disebabkan assingment dari subjek lain pun duk beratur. aigoo! 

Supsapsupsap, aku punya website berjaya disiapkan dalam masa sebulan. Well, aku sejenis makhluk yang kalau bosan, assingment akan ku bantai sampai siap. Barulah tenang nak buat benda lain. Walaupun culture uni ni masing-masing suka buat last minute. Biorlah diorang. 

so, inilah hasil sebulan aku...(use laptop and WIFI for look at this website)


Bila dah siap, kitorang kena present depan kelas hasil kerja kitorang. Best juga bila dapat tengok member lain punya. bermacam jenis design dan warna yang melambangkan kreativiti masing-masing.

Sebelum tarik nafas lega, kitorang kena sedar yang ada lagi satu assingment sedang menunggu giliran.

Assingment 2- Grouping assingment (Corporate website)

Ha, kalini punya asingment memerlukan paduan 3 kepala untuk bina dia. Tentang apa-apa company pun lah. company sedia ada atau company rekaan semata-mata. macam biasa, kena berpandukan requirement yang diminta juga demi seecebis markah. no markah, no graduate. Dan macam biasa, grouping assingment memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kita tida deal dengan diri sendiri, namun deal dengan member yang opposite jalan kerja dengan kita. 

Jadi, untuk assingment ni, dengan kapasiti 3 kepala, boleh lah kitorang bagi-bagi kerja buat part lain-lain. Seperti biasa, culture diploma yang aku dapati ni, sapa beria dialah yang lead projek. Actually orang yang beria siapkan assingment ni banyak jenis. Aku boleh dikategorikan beria sebab aku taknak assingment tu jadi bertimbun-timbun dan sebab lain nya ialah bosan. Susah juga jadi orang yang beria ni walhal orang lain wat lek santai je. kadang tu...selalu jugak aku geram dengan manusia yang suka buat last minute ni. Namun, apakan daya aku hanya mampu pendam jelah. yang penting diorang buat juga even lambat. dan sebab benda ni lah juga aku tangguh dulu niat nak sambung degree demi merawat hati nurani yang telah lama memendam rasa geram dengan spesis macam yang macam ni .

Aku nak berehat dulu daripada menjadi manusia yang suka beria. Pergh, tibe sesi luahan.

Alhamdulillah untuk subjek ini no drama sesama ahli kumpulan.

maka terhasillah website ini hasil dari penantian lagi dua kepala yang memang kaki last minute;


To conclude, untuk subjek ni bagi aku, ada yang mudah ada yang susah lah juga lepas dah menulusuri segala jenis topik. Apa yang aku faham secara mudahnya HTML-rangka , CSS-baju , JS-aksesori. Yang penting, untuk subjek ni, sesuai juga manusia yang hate menbaca sebab assingment yang ada tidak memerlukan research article sebagaimana subjek core kos ini.

Untuk final exam, kitorang duduk dalam kelas dan on laptop jawab soalan objektif a,b,c dalam Ufuture. dan markah akan terpampang terus pada akhir soalan. selesai je, kitorang dapat tengok markah individual+gruping tambah dengan markah yang dapat jawab soalan tadi  dengan itu kitorang dapat agak sendiri kitorang dapat gred A, B, C, D, E, F . 

Disebabkan lecturer baru yang baik hati lagi sporting, kami mudah dapat markah yang sangatlah memuaskan! 

✅IMD311

Masuk Subjek yang ke-3.

3. IMD312 (Librarian kaunter depan)

Bagi aku tahap susah yang aku boleh bagi untuk subjek ni 5/6 gitu. nak kata seronok, tak. Tapi, sedikit bosan dan agak tricky. Subjek ini bertujuan untuk train pelajar menjadi seorang pustakawan reference. Bermaksud, pustakawan yang akan sentiasa dirujukoleh pengguna. Jadi, ilmu yang diterapkan lebih kepada cara pencarian bahan perpustakaan dengan efektif dan juga belajar cara macam maca bahan dicari dengan mudah.

4. IMD313 (Pegawai Arkib to be)

Based on tajuk subjek pun orang dah boleh agak belajar pasal apa. Arkib itu dan ini. Everything about arkib negara. A-Z.

5. IMD314 (Librarian With high communication Skills)

Subjek ini ada kesinambungan dari subjek sewaktu semester 4. benda yang sama tapi more depth.  dia ajar macam mana kita nak andle senuah program besar yang melibatkan audiences from many category. School, community, corporate et.al.

6. IMD315 (Management dalam Perpustakaan)

Senang citer, belajar pasal sesebuah perpustakaan tu. Dari pentadbiran yang mereka ada sehinggalah servis yang ditawarkan. Kalau assingment tu, dia kena korek sedalam-dalamnya pasal perpstakaan pilihan kita.


To conclude, Sepanjang jadi mahasiswa diploma ini, aku banyak belajar sesuatu tak kiralah dari segi subjek mahupun hidup. Dulunya, aku sangatlah nak mengelak untuk masuk sebuah universiti dek dimomokkan dengan sisi gelap yang aku sendiri tak tahu pokok pangkalnya. As my own feedback and experiences for 2 and half years, selain kita dibebankan dengan pelbagai perkara yang meenyakitkan mental, di sana juga terdapat perkara yang membuatkan kita peroleh bahagia yang kita tak akan expect  juga self level up yang membuatkan kita lebih mengenali diri kita ni siapa.

 As said, every bad things, never always been forever because they also got a rainbow for us.🌈 

Dari pahit dan manisnya pengalaman, kita akan tumbuh dengan matang sebagai manusia sekiranya jalani hidup kita kerana tujuan yang baik. 

To all new friends that I make, bad/good experiences, I really appreciated it and grateful for it. It's time to sign off a really big experiences in the end of teenage life to be real adult. 

DIPLOMA INFORMATION MANAGEMENT OCT2021-FEB2024 SIGN OUTTTTTTT👩‍🎓🚀🥳


Comments