Doa
-->
Skip to main content
Ayana termenung di belakang stor, bersandar pada timbunan kotak baju yang belum sempat disusun. Hanya baru tiga minggu bekerja sebagai packer di kedai baju jenama terkenal di hometown nya itu, dan dia sudah rasa nak angkat kaki.
Kerja ni nampak senang—lipat baju, susun stok, pek pesanan pelanggan. Tapi realitinya, lain sangat. Hari pertama saja, dia dah kena tegur dengan suara kasar, “Kalau lipat baju tu, pastikan tag nampak. Jangan buat kerja macam siput!” Itu baru supervisor, belum masuk senior yang perasan bos.
Masalah paling besar? Persekitaran kerja yang penuh drama. Rakan sekerja lebih sibuk bergosip daripada buat kerja. Setiap kali dia cuba buat hal sendiri, mesti ada yang menyindir. “Ewah, si baru ni rajin. Takut stok tak cukup ke?” Dan bila dia buat salah sikit, satu kedai boleh tahu.
Paling menyakitkan hati, supervisor suka bagi kerja lebih dari sepatutnya. Dah habis waktu kerja pun, kena tunggu sebab “Ada last-minute order masuk.” Tapi gaji? Tak ada tambahan, tak ada penghargaan.
Satu hari, semasa tengah pek baju untuk pelanggan online, dia dengar salah seorang senior mengata tentang dia. “Budak baru tu, muka macam nak resign je. Tak tahan la tu.”
Ayana tarik nafas dalam-dalam. Memang dia nak resign pun.
Esoknya, dia hantar notis berhenti kerja. Supervisor pandang dia atas bawah, sinis. “Tak tahan cabaran ke? Ingat kerja semua senang?”
Ayana hanya senyum nipis. “Saya cuma tahu, kerja ni bukan untuk saya.”
Dan dengan itu, dia keluar dari kedai tanpa menoleh ke belakang. Tak sampai sebulan, tapi cukuplah pengalaman ini untuk dia belajar satu benda—bukan semua kerja sesuai dengan kita, dan tak apa untuk tinggalkan sesuatu yang tak baik untuk mental sendiri.
Comments
Post a Comment