Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Diari Budak Information Management - Sem 1

 #note- untuk next sambungan posting cerita ini akan diberi tajuk DBIM (Diari Budak IM)


Assalammualaikum. Kembali kita ke edisi Diari Budak IM as a UITM Segamat freshman IM sem 1.

   First of all seperti yang dijanjikan dari (BEGIN), aku ambil diploma kos pengurusan maklumat atau nama glamor nya... glamor ke? iaitu Information management. Yang menariknya, kos ni adalah pilihan  pertama aku dalam sistem UPU yang wajib diisi bagi semua lepasan SPM 2021 waktu tu.

 Untuk yang kedua punya aku letak Library management dan aku berharaplah kalau tak dapat no.1 tadi dekat rembau, dapatlah yang kedua punya, dekat Kedah. Alih-Alih, dapat pilihan pertama. Tang tu aku happy lah sikit, tapi bila sampai part negeri je yang  buat spoil. Huhh! Tidak mengapalah, benda yang lepas jangan dikenang. Mungkin ada hikmahnya.

Berbalik kepada main point kisah ini,

Ape natang Information Management ni? Ni kalau dapat kat budak yang jenis tak suka buat research, diorang akan pikir "kos ni seadik-beradik lah dengan kos sains komputer atau information technology!" Padahal, JAUH SANGAT BEZANYA TU OII !! nak kata sepupu tu, tak boleh jugak. Tapi lebih kepada bau-bau bacanglah. Apa pulak tu?! Hishh, maksudnya persamaannya hanya terletak pada  koordinat 0.1%. Senang cerita, kalau ada sama pon  untuk 1 ke 2 subjek je . subjek yang lain memang beza kaw-kaw. 

Ok cukup takat tu. Nak tau belajar subjek ape je, tengok gambar bawah ni. Malas aku nak cerita pepanjang.



So, based on gambarajah diatas, itulah subjek-subjek yang aku belajar untuk  sem 1. Sikit jer, jumlah dia sama  macam subjek SPM yang aku ambik dulu . Mana, Math? Tiada. Langsung? IYA ! Jadi, sesuai sangat dengan manusia yang berotak bebal dalam matematik lepastu malas nak buat latih tubi macam gue. hah!

Siapa yang memang sayang gila dengan subjek math atau jenis yang suka gila mengira dan selesaikan masalah negara diorang, boleh bye-bye lah dengan kos ni. Anda sudah salah server. Sumpah aku kata memang langsung tak jumpa subjek yang perlu mengira. Pegang kalkulator pon tidak sesekali pernah untuk kos ni. 

pengalaman macam takde pengalaman sangat. Sebab aku hanya belajar online jelah setakat ni. Not so interesting. ONLINE. memang bosan lah ceritanya. Lokasi aku pun hanya di rumah je. Tak rasa lagi pengalaman penat ke kelas ini ke blok itu dan seangkatannya. Mata jelah yang penat menghadap alat belajar. So far, menjadi seorang student atas talian agak best lah jugak tapi dari segi tidak perlu bersiap bercantik bagai, tidak buang tenaga sangat  dan juga tidak perlu susah payah panggil member group assignmet untuk kumpul bincang kat satu tempat.

Kini semuanya hanya dengan kuasa jari, assignment siap  boleh di submit dengan mudah tanpa melakukan sebarang pembaziran seperti kertas dan pen. Yang tak best nya jadi online student, kita tak dapat rasai rasa sebenar bercakap  di hadapan member,  lecturer tak tahu yang student tengah syok tidur waktu kelas, talian internet kadang sewel then dituduh ponteng atau tak hadir kelas, sendu buat assignment sendirian dan sebagainyalah yang ada kat dunia seorang pelajar era baru ni.  Yang terpalinglah aku kadang-kadang geram, bila lecturer tanya takde sape yang reti nak respon. satu perkataan pon jadilah. Ini tdak, dibiarkan sepi begitu saja lecturer tu. Nak malu pun biarlah bertempat. Time belajar tak perlulah nak malu-malu meow or takut sangat. Kenalah BERANI OII !! 
 
Dah ini jelah, overall sebagai student university online, atau nama lainnya ODL (ONLINE DISTANCE LEARNING). rate nya sedang-sedang  aje. Sebab setiap sesuatu pasti ada pro dan kontranya.Tapi lagi best lah kalau jadi student sebenar. Tak boleh nak cakap apalah dengan situasi sekarang ni. Sabar itu kan cantekk.

Done!! UiTM Freshman Semester 1 DIPLOMA Information Management sign off.

sekian.


Comments