Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Soulmate Made In Sweden


🥤🥤🥤


    Di sebuah kafe Estetik di tengah bandar Kuala Lumpur, ada seorang wanita bernama Adila yang sering datang ke sana untuk menulis jurnal harian. Dia adalah seorang yang periang dan ceria, dan kafe tersebut telah pun menjadi tempat kegemarannya. 


    Suatu hari, semasa Adila sedang sibuk menulis, seorang lelaki tinggi bermata biru masuk ke dalam kafe. Dia kelihatan kebingungan sambil membelek menu. Lelaki itu menarik perhatian Adila kerana matanya yang biru dan rambutnya yang perang—nampak macam watak dalam filem Hollywood!


    Lelaki itu berjalan ke kaunter dan bertanya kepada barista dalam bahasa Inggeris dengan loghat yang kuat, "Can I have a coffee, please?"


    Barista tersebut nampak blur, mungkin kerana tak faham loghat Sweden lelaki itu. Adila yang mendengar perbualan tersebut tergelak kecil. Dia bangun dan menuju ke kaunter.


    "Hi, boleh saya bantu?" Adila bertanya sambil tersenyum.


    Lelaki itu kelihatan lega. "Oh, thank you! I want to order a coffee, but I think my accent is confusing."


    Adila ketawa kecil. "No problem. Saya boleh tolong translate. Awak nak kopi apa?"


    "Just a black coffee," lelaki itu menjawab dengan senyuman.


    Setelah memesan kopi untuk lelaki tersebut, Adila kembali ke mejanya. Lelaki itu mengikuti dari belakang dan bertanya, "May I sit here?"


    "Sure, duduklah. Nama saya Adila," jawab Adila sambil menghulurkan tangan.


    "I’m Danne. I’m from Sweden," Danne memperkenalkan diri sambil tersenyum, menampakkan giginya yang putih bersih.


    "Oh, patutlah accent pelik sikit," Adila usik. "Awak buat apa kat Malaysia ni?"


    "Saya kerja di sini untuk projek IT. Baru je sampai minggu lepas," jawab Danne.


    Mereka terus berbual sambil menikmati kopi. Ternyata, Danne seorang yang kelakar dan suka membuat lawak. Adila tak henti-henti ketawa mendengar cerita-cerita peliknya tentang Sweden.


    Contohnya, satu ketika Danne bercerita tentang kesusahannya nak sebut perkataan dalam bahasa Melayu. "Saya cuba belajar, tapi banyak perkataan susah. Contohnya, 'rambut'. Saya selalu sebut 'rambo'. Kawan-kawan saya gelak, mereka kata saya macam panggil hero filem!"


    Adila ketawa terbahak-bahak. "Tak apa, lama-lama nanti boleh fasih."


    Sejak pertemuan itu, Adila dan Danne semakin rapat. Mereka sering keluar bersama, mencuba makanan Malaysia, dan berkongsi cerita tentang budaya masing-masing. Danne suka makanan pedas walaupun mukanya merah padam setiap kali makan sambal. Adila suka melihat Danne berusaha belajar bahasa Melayu, walaupun sering tersilap sebut.


    Satu hari, semasa mereka berjalan-jalan di Taman KLCC, Danne tiba-tiba berhenti dan memandang Adila dengan serius.


    "Adila, saya ada satu soalan penting," kata Danne dengan nada tegas.


    Adila terasa jantungnya berdegup kencang. "Apa dia?"


    "Adakah awak... sudi ajar saya sebut 'rambut' dengan betul?"


    Adila terdiam seketika, kemudian ketawa kuat. "Danne, awak memang kelakar. Ya, saya sudi!"


    Danne tersenyum lebar. "Terima kasih, Adila. Dan satu lagi... saya suka awak."


    Adila terkejut sekejap, tapi kemudian senyum manis. "Saya pun suka awak, Danne."


Comments