Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Cukup Lah Cuci Tandas!





     Ayana memandang cermin tandas di hadapannya dengan perasaan bercampur baur. Ini adalah hari ketujuh dia bekerja sebagai pekerja kontrak (Trainee) di Hotel Seri Atlantic, dan dia sudah bosan. Bosan bukan kerana kerja berat, tetapi kerana kerja ini langsung tak memerlukan otak. Setiap hari dia perlu mencuci tandas, tandas, dan lagi tandas. Dia tertanya-tanya bagaimana orang lain boleh bertahan bertahun-tahun melakukan kerja yang sama setiap hari. 


"Ada apa, Ayana? Kenapa termenung je depan cermin tu?" suara Munia, seorang Auntie India yang menjadi mentor dan rakan sekerja Ayana, memecah keheningan.


"Auntie Munia, saya bosan... Asyik kena cuci tandas saja! Kenapa kita tak boleh buat kerja lain?" Ayana merungut, membuang tuala basah ke luar tandas dengan perasaan kecewa.


Munia ketawa kecil sambil mengangkat tuala dari lantai. "Ayana, dalam kerja housekeeping, cuci tandas pun penting. Tandas yang bersih buat tetamu selesa, tau!"


"Tapi, Auntie Munia," Ayana berkata dengan wajah serius, "Saya rasa otak saya dah beku sebab asyik cuci tandas je. Silap hari bulan, muka saya dengan jamban ni pun takde beza dah."


Munia tersenyum simpul. "Nak jadi pekerja housekeeping, kena pandai kawal minda. Kalau tak, memang otak boleh beku macam ais dalam peti sejuk."


Ayana tergelak kecil. Auntie Munia memang seorang yang baik hati, sentiasa memberikan nasihat dengan cara yang paling kelakar dan menyenangkan. Namun, itu tidak mengubah hakikat bahawa kerja ini sangatlah membosankan.


Hari-hari di hotel itu, Ayana berulang-alik dari satu bilik ke satu bilik, mencuci tandas yang tidak pernah habis-habis. Ada hari yang sedikit berbeza, di mana dia perlu menukar cadar atau mengelap perabot, tetapi itu jarang berlaku. Tandas tetap menjadi tanggungjawab utama.


"Pernah tak Auntie Munia terfikir nak berhenti kerja ni?" tanya Ayana ketika mereka sedang berehat seketika di kantin.


"Berhenti? Ya tuhan, sudah berapa kali saya terfikir nak berhenti, tapi macam mana nak makan kalau tak kerja? Lagi pula, Saya tak suka susahkan anak saya," Munia menjawab dengan senyuman yang tetap manis di wajahnya. "Lagi pun, Auntie suka kerja ni. Ada masa boleh jumpa orang, ada masa boleh layan diri sendiri. Walaupun ada yang tak kena dengan staf lain, Auntie cuma fokus pada kerja. Jangan fikir sangat pasal orang lain, Ayana."


Ayana mengangguk perlahan. Dia kagum dengan sikap Auntie Munia yang sentiasa positif. Namun, dia tahu dia tidak sekuat itu. Lagipun, suasana kerja di hotel ini penuh dengan toksik. Ada saja pekerja yang sibuk mengumpat dan menyalahkan satu sama lain. Ayana sudah beberapa kali tertangkap dalam drama-drama kecil antara staf lain yang sengaja mencari pasal.


"Eh, Ayana, kau tahu tak apa yang Minah cakap pasal kau tadi?" tanya Kak Leha, seorang staf senior yang terkenal dengan mulut laser.


"Apa dia?" Ayana bertanya, walaupun dia tahu apa yang bakal Kak Leha cakap pasti tidak sedap didengar.


"Dia kata kau ni malas lah, lambat lah, dan tak pandai buat kerja!" Kak Leha menjawab dengan penuh semangat, seolah-olah berita itu adalah gosip terhangat di pasaran.


Ayana hanya tersenyum kelat. "Biarlah dia nak cakap apa pun, Kak Leha. Saya buat kerja saya, itu yang penting."


Namun, di dalam hati, Ayana tahu dia sudah tidak tahan. Setiap hari, dia perlu mendengar komen negatif, gosip dan kritikan dari orang sekeliling. Ia seolah-olah mereka semua tidak ada kerja lain selain mencari kesalahan orang lain. Mentang-mentanglah dia hanya budak-budak.


"Auntie Munia, saya rasa saya dah tak boleh tahan lagi," Ayana berkata dengan suara sayu semasa mereka membersihkan bilik tetamu kehormat pada hari Jumaat itu.


Munia berhenti seketika dan memandang Ayana dengan simpati. "Kalau rasa tak boleh tahan, mungkin dah sampai masa kau fikirkan semula kerja ni, Ayana. Tak semua orang boleh kerja di sini. Auntie faham kalau kau nak berhenti."


Ayana terdiam. Dia tahu Munia benar. Mungkin sudah sampai masanya untuk dia mencari kerja lain. Tetapi sebelum itu, dia perlu melakukan satu perkara yang belum pernah dia lakukan sebelum ini.


Keesokan harinya, Ayana memasuki bilik HR Manager nya, Encik Haris, dengan penuh keyakinan. "Encik Haris, saya nak berhenti kerja. Ini surat resign nya."


Encik Haris mengangkat kening. "Lah, kenapa? Ada masalah?"


"Saya dah dapat kerja lain, Encik Haris," Ayana berkata dengan bohongan yang dibuat. "Saya rasa kerja ni tak sesuai dengan saya."


Encik Haris terdiam seketika sebelum ketawa kecil. "Awak pekerja kontrak yang kelima dalam dua bulan ni yang kata benda yang sama. Tak apa, Ayana, saya faham. Mungkin kerja ni bukan untuk semua orang."


Ayana tersenyum lega. "Terima kasih, Encik Haris, kerana faham."


Selepas pertemuan itu, Ayana kembali ke bilik 3013 di mana Auntie Munia sedang mengelap cermin. "Auntie Munia, saya dah bagi tahu Encik Haris. Saya akan berhenti esok."


Munia mengangguk dengan senyuman. "Baguslah, Ayana. Kau kena cari kerja yang buat kau bahagia. Hidup ni pendek, jangan buang masa buat kerja yang buat kau sengsara. Lagi pun kau tu muda lagi."


Ayana tersenyum. "Betul, Auntie. Lepas ni, saya nak cari kerja yang lebih sesuai dengan minat saya. Mungkin kerja yang ada kaitan dengan minat saya dalam menulis."


"Bagus sangat tu, Ayana! Lepas ni, kalau kau dah jadi penulis terkenal, jangan lupa cerita pasal pengalaman kau cuci tandas ni," Munia ketawa.


Ayana turut ketawa. "Oh, saya akan tulis bab khas untuk tandas, Auntie. Boleh jadi bestseller!"


Dengan itu, Ayana meninggalkan Hotel Seri Atlantic dengan senyuman, bersyukur kerana pengalaman itu mengajarnya sesuatu yang berharga - tidak semua kerja sesuai dengan semua orang, dan yang penting dalam hidup ini adalah mencari kebahagiaan dalam apa jua yang kita lakukan. Dan yang pasti, dia tidak akan merindui tandas-tandas itu. Cukuplah setakat ini!


Ke prekuel (macam mana boleh terjadi housekeeper)>> https://bluewinterstory.blogspot.com/2024/10/peritnya-pilihan.html

Comments

Popular posts from this blog

Ceritera Aku

Meowcho X Comeowl

Cognitive fatigue