Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Assignment Dari tuhan





Nama aku Wafa. Dan ya, ini kisah cinta yang pelik. Tapi bukan cinta biasa. Cinta ni... datang terus daripada Tuhan. Bukan metafora. Bukan main-main.

Semuanya bermula pada malam aku demam teruk, badan panas sampai menggigil, mata tak boleh buka. Dalam kabur itu, aku dengar suara. Tenang. Tapi tegas.

“Tugas kau sekarang ialah jadi cheerleader dia. Faruq. Hantar mesej cinta setiap hari sampai dia jadi suami kau. Kalau kau gagal... kau yang sakit.”

Aku cuba lawan. Aku bukan jenis perempuan gedik nak kejar lelaki. Tapi bila aku langkau satu hari tanpa mesej, aku rasa macam tubuh aku dirempuh seribu beban. Sakit yang bukan fizikal semata. Jiwa aku hancur. Seakan Tuhan tarik separuh nyawa.

Hari pertama aku hantar:

"Semoga harimu indah, Faruq. Awak lebih kuat daripada apa yang awak fikirkan. :) "

Hari kedua:

"Saya doakan awak tenang hari ini. Awak layak bahagia. Saya percaya pada awak."

Dan seterusnya. Kadang mesej tu ringkas. Kadang panjang. Tapi satu pun tak dibalas.

Faruq cuma... tengok. Pernah sekali dia balas:

“Siapa awak sebenarnya?”

Aku jawab:

“Saya Wafa. Dan saya... cuma sampaikan apa yang saya perlu sampaikan.”

Bulan berganti bulan. Aku teruskan. Macam orang gila. Tapi sebenarnya... aku rasa hidup. Setiap kali aku doakan dia, hati aku tenang. Setiap kali aku taip mesej, walau air mata turun, sakit aku berkurang.

Sampailah satu hari Faruq hantar gambar. Dia berdiri depan rumah aku, bawa sekotak surat yang aku pernah pos. Ya, aku bukan mesej digital je. Aku pernah kirimkan nota tulisan tangan.

“Kenapa kau buat semua ni?” katanya.

Aku tunduk. “Sebab... Tuhan suruh.”

Dia gelak. Tapi bukan gelak sinis. Gelak pelik. Kemudian dia pandang aku lama-lama.

“Wafa... kau tahu tak yang selama ni aku pun tak tenang? Tapi setiap kali baca mesej kau, entah kenapa aku rasa aku patut terus hidup.”

Dan macam itu... kami mula bercakap. Perlahan-lahan. Bukan cinta pandang pertama. Tapi cinta... pandang ke hati.

Hari Faruq lamar aku, aku tanya Tuhan dalam hati, “Betul ke ini semua dari Kau?”

Dan hati aku menjawab sendiri:
"Bukankah kau dah rasa sakitnya bila kau tak ikut?"


Penutup:

Kini, aku dah jadi isteri Faruq. Dan aku masih tulis mesej cinta setiap hari. Bukan sebab aku perlu lagi...
Tapi sebab aku mahu.

Sebab cinta... kalau datang dari Tuhan, dia tak akan menyiksa.
Dia menyembuhkan.



Comments

Popular posts from this blog

Ceritera Aku

Meowcho X Comeowl

Cognitive fatigue