Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Langkah Yang Membawa Pulang





Bab 1: Nota Terakhir Ayana


Hidup ini pelik. Kadang kita berjalan laju, tak sedar jiwa kita tertinggal jauh di belakang.

Ayana berdiri kaku di antara lorong rak buku. Tangannya menggenggam pelekat harga yang belum dipotong, tetapi matanya kosong. Pelanggan hilir mudik seperti biasa, suasana kedai buku itu masih sama—tenang, berbau kertas, berlatarkan lagu lo-fi instrumental yang sepatutnya menenangkan.

Tapi di dalam dada Ayana, ribut sedang mengamuk.


Sudah sepuluh bulan dia di sini.

Sepuluh bulan menjadi "Ayana, gadis kedai buku", penyambut senyuman pelanggan, pengatur rak novel cinta, si penghafal kod ISBN dan pelipat beg kertas promosi.

Dulu dia fikir, kerja di sini akan menjadi rumah kedua.

Namun hari ini, dia rasa macam orang asing yang tersesat di tempat sendiri.


Weh, kau okay ke? Dari tadi aku panggil tak menyahut.

Suara itu menyentap lamunannya.
Fariz, rakan sekerja yang baru tiga bulan masuk. Selamba, suka menyakat, tapi sejak akhir-akhir ni, dia jadi pemerhati senyap perubahan Ayana.

“Aku panggil tiga kali tau. Takkan tengah baca fiksyen dalam kepala sendiri kot?”

Ayana mengeluh. “Sorry. Letih sikit.”

Fariz memandang lama. “Letih fizikal ke... mental?”

Ayana diam. Soalan itu terlalu jujur. Terlalu tepat.


Sejak dua tiga bulan kebelakangan ni, Ayana mula rasa tawar hati.
Dia bukan benci kerja. Tapi dia rasa hilang arah. Setiap pagi, dia bangun dengan rutin yang sama—pakaian seragam, naik LRT, swipe kad, tampal senyum. Tapi hatinya seolah makin menjauh.

Malah, waktu rehat pun bukan lagi waktu rehat. Dia cuma duduk di stor belakang, dan tengok skrin kosong, scroll media sosial tanpa jiwa.

Dan anehnya, Fariz nampak semua tu.


Petang itu, waktu semua staf sedang kemas bahagian promosi, Fariz duduk bersandar di rak non-fiksyen, sambil makan roti sardin yang dibeli dari kafe sebelah. Dia hulur sekeping lagi pada Ayana.

“Kalau kau tak nak roti ni, aku tahu kau memang bukan Ayana yang dulu.”

Ayana tergelak kecil. Dia ambil roti itu.

“Sejak bila kau pandai baca emosi orang?” soalnya, separuh menyakat.

“Sejak aku nampak kau tak lagi bercerita pasal buku kegemaran kau. Dulu, kau boleh bebel pasal To Kill a Mockingbird satu jam.”

Ayana tunduk. Dia rasa air mata hampir jatuh. Tapi dia tahan.


Aku rasa lost, Fariz.
Perlahan, tapi jujur.
“Aku suka tempat ni, tapi aku dah tak tahu aku nak jadi siapa. Setiap hari buat benda sama. Rasa macam tak hidup.”

Fariz diam. Dia pandang siling kedai buku itu sejenak sebelum berkata,
“Kadang, kita kena sesat sekejap untuk jumpa arah. Tapi kau takkan tahu arah tu... kalau kau tak berhenti dan tanya diri sendiri—kau nak ke mana?”

Ayana menatapnya. Kata-kata itu ringkas, tapi ada sesuatu dalam cara Fariz bercakap. Sesuatu yang buat dia rasa… difahami.


Malam itu, Ayana balik ke rumah dengan kepala yang berat. Tapi buat pertama kalinya, dia buka jurnal lama yang dah berhabuk dalam laci meja.

Dan dia mula menulis.

“Aku tak tahu nak jadi apa. Tapi aku tahu aku tak nak terus hidup dengan rasa kosong. Mungkin... ini titik mula.”


Esoknya, sebelum masuk kerja, Ayana berdiri sebentar di depan cermin surau pekerja.

Dia bisik dalam hati,
“Kalau aku nak berubah, biarlah hari ni jadi langkah pertama.”

Dan langkah itu — walau kecil, perlahan, takut-takut — adalah langkah yang membawa pulang.


“Kita bukan gagal bila kita penat. Kita hanya belum jumpa tempat yang betul untuk mekar.” – Ayana




Comments

Popular posts from this blog

Ceritera Aku

Meowcho X Comeowl

Cognitive fatigue