Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Minah Kuat Berangan





"Bebeh, nak tahu tak..."

Aku taip satu per satu ayat tu dalam chat WhatsApp, tapi tak hantar. Simpan dalam draft dulu. Macam biasa.

Aku ni kan… minah kuat berangan. Tapi bukan sebarang angan. Angan aku boleh jadi siri Netflix kalau produser nak serius. Level tinggi, sinematik, ada part slowmo, soundtrack sedih time patah hati, pastu tukar jadi happy balik bila si dia balas mesej walaupun satu perkataan: "Haha".

Kali ni, aku berangan tahap lanun terbang.


Babak 1: Nikah Sekali Sanding, Dua-dua Pihak

Tengah sidai baju, aku dah khayal. Tuala biru di tangan tiba-tiba bertukar jadi veil. Aku pandang bayang-bayang sendiri atas lantai jubin. Cuba senyum ayu. Angin tiup pelan-pelan — padahal kipas siling. Tapi aku tetap pejam mata dan rasa macam tengah jalan atas pelamin.

Tema? Navy blue lah weyh!

Aku obses gila dengan warna tu. Hampir 90% barang aku warna biru. Phone case biru, telekung biru, tumbler biru, sampai bantal peluk pun biru. Kalau boleh, aku nak bunga telur pun warna biru. Pastu waktu salam-salam dengan mak ayah, bunyi latar lagu Maher Zain versi instrumental. Sebak gila weyh. Air mata pun warna biru agaknya.


Babak 2: Side Aku, Side Dia

Side aku, kita nikah lepas Zohor. Aku pakai dress moden. Bukan yang kembang-kembang tu. Aku tak minat Cinderella. Aku minat style Zara. Simple tapi mahal vibe dia.

Kau? Pakai baju melayu navy blue. Songkok tegak, senyum senget. Kau cakap, "I do" depan tok kadi, tapi mata tengok aku je. Ahhh! Geram. Padahal nikah style Melayu, mana ada "I do"– tapi dalam dunia berangan, semua boleh.

Side kau pulak, malam tu sanding. Dekat ballroom hotel bajet. Kau pakai tuxedo. Aku pulak tukar dress lain. Ikut tema kau pulak, warna terpulang. Tapi aku tetap ada unsur biru, jangan risau. Kita jalan atas red carpet sambil orang tepuk tangan, pastu makan nasi minyak sambil suap-suap depan kamera. Eeee… cringe tapi best.


Babak 3: Emperor X Empress

Tiba-tiba kita berdua duduk atas pelamin. Lighting terang. Background galaxy. Orang cakap, kita macam couple anime. Aku gelak sampai keluar air mata, kau geleng kepala je sambil senyum.

Sebab kita bukan King and Queen… kita Emperor dan Empress.

Berangan gila tak? Tapi syok!


Babak 4: Realiti

“Aku ni kenapa berangan macam orang nak kahwin esok?”

Aku belek phone. Masih belum hantar mesej tadi.

“Lepas aku jatuh cinta dgn kau an… Baru aku ada selera untuk berangan dengan lebih jauh melibatkan karakter jantan — which is kau.”

Selama ni berangan sorang-sorang. Dalam dunia aku je. Tapi bila kau masuk dalam hidup aku, tiba-tiba angan-angan aku ada plot. Ada chemistry. Ada ‘kau’. Jujur, aku takut nak confess semua ni. Tapi aku lagi takut kalau tak pernah rasa pun perasaan ni.


Penutup

Mesej tu masih belum aku hantar. Tapi aku tahu, satu hari nanti, kalau Tuhan izinkan, mungkin angan-angan aku bukan sekadar khayalan.

Mungkin… aku boleh pegang tangan ‘emperor’ aku sendiri, dan bisik perlahan:

“Weyh, ingat tak angan-angan aku dulu? Kan dah jadi kenyataan…”

Tapi buat masa ni…

#Berangan4lyfe 😌💙







Tajuk :Emperor Pun Berangan


Babak 1: Mesej Masuk

Malam tu aku tengah baring, skrol TikTok. Tiba-tiba notification WhatsApp naik.

Bebeh, nak tahu tak… aku punya berangan dah terlajak sangat dah weyh…

Panjang. Panjang gila. Aku baca perlahan. Setiap perkataan tu macam ada suara kau sebut satu-satu. Macam kau tengah duduk depan aku, mata bercahaya, tangan ligat buat gaya bila bercerita.

Aku baca sekali. Dua kali. Tiga kali.

Mula-mula aku gelak. Lepas tu… entah. Ada rasa lain datang. Rasa yang aku sendiri tak pernah bagi nama. Rasa yang buat dada aku panas, kepala aku ligat fikir.


Babak 2: Angan Versi Aku

Kalau kau nak tahu… aku pun sama. Tapi aku malu nak cerita. Aku tak pernah cerita kat sesiapa, termasuk kau.

Aku pun berangan.

Berangan pasal kau.

Berangan kita pergi IKEA hujung minggu. Kau excited pilih pinggan mangkuk warna biru. Aku pura-pura tak kisah, padahal aku suka tengok kau pilih barang. Berangan kita pindah rumah kecil — yang kau panggil “istana berdua”. Berangan kita susun buku dalam rak. Berangan kita letak frame gambar nikah navy blue atas meja.

Berangan pasal benda remeh… tapi bagi aku, remeh tu la bahagia.


Babak 3: Emperor X Empress

Kau cakap kita Emperor X Empress. Aku gelak masa baca tu. Tapi deep down… aku rasa macam betul. Entah sejak bila, kau jadi orang yang buat aku rasa macam raja. Macam hidup aku ni ada cerita.

Aku yang dulu tak percaya kat cinta. Tak minat pasal “hubungan”. Rasa semua tu klise. Tapi bila kau datang… klise tu jadi benda yang aku tunggu-tunggu.


Babak 4: Jujur

Aku taip mesej balas:

Kau ingat kau sorang je ke kuat berangan? Aku pun sama, bodoh. Tapi takpelah… berangan dulu pun takpe. Satu hari nanti, siapa tahu kan?

Aku tekan hantar. Lepas tu aku pejam mata. Senyum.


Penutup

Malam tu aku mimpi. Mimpi pelik — kita nikah pakai baju navy blue. Tetamu ramai. Aku cuak, tangan sejuk. Tapi bila kau jalan dekat aku, senyum sambil genggam tangan aku… semua gugup hilang.

Aku terjaga. Tangan masih genggam bantal.

Aku cuma bisik sendiri,

“Berangan pun takpe… asal kau ada dalam angan-angan aku.”

Dan malam tu aku sedar… minah kuat berangan sebenarnya dah jatuh cinta dengan mamat yang sama-sama kuat berangan.


#BeranganDuaOrangLagiSyok 💙✨


Comments

Popular posts from this blog

Ceritera Aku

Meowcho X Comeowl

Cognitive fatigue