Doa

Image
Tiga tahun sudah berlalu sejak malam Zulaikha menangis di atas sejadah itu. Malam yang mengubah segalanya — dari putus asa, menjadi yakin bahawa doa, walau selemah mana sekalipun, tetap punya sayap menuju langit. Kini, Zulaikha bukan lagi gadis yang takut dengan masa depan. Dia bekerja di sebuah perpustakaan kecil — tempat yang dulu hanya jadi impian waktu belajar. Hujung minggu, dia jadi sukarelawan ajar anak-anak kampung membaca. Tenang. Hidupnya kini penuh makna, walau sederhana. Tapi ada satu doa lain yang masih belum termakbul sepenuhnya. Doa yang dia ulang setiap malam selepas witir. “Ya Allah, kalau dia memang bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Tapi kalau dia memang untukku, kuatkanlah aku menunggu.” Lelaki itu — Faris — bukan asing. Mereka pernah satu tempat kerja dulu. Faris sopan, tapi jarang berbicara banyak. Namun setiap kali Zulaikha rasa lemah, entah bagaimana, mesej ringkas daripada Faris selalu muncul — “Sabar, Allah tengah susun yang baik.” Mereka tak pernah janji...

Kesungguhan


Fara menaip mesej lagi. Jari dia ligat macam keyboard warrior, padahal mesej dia bukan marah orang pun.


> “Izat… awak kalau kahwin dengan saya, confirm awak bahagia. Saya boleh masak nasi goreng kampung level mak awak pun kalah. Nak bukti?”




Dihantar. Dua saat kemudian, blue tick.


Tapi… tak ada balasan.


“Haa, dia baca. Dia gelak tu, confirm! Izat ni, jual mahal sungguh,” bebel Fara seorang diri sambil sengih depan skrin.


Setiap hari ada saja mesej pelik Fara hantar. Kadang-kadang voice note dia nyanyi lagu kahwin. Kadang-kadang gambar tangan sendiri dengan caption: ‘Ni tangan bakal isteri awak, halal masculine touch menanti!’


Izat? Diam. Cuma kadang-kadang ‘typing…’ muncul, tapi hilang balik. Macam nak balas, tapi tak jadi.


Namun Fara tak give up. Dia fikir, lelaki ni kononnya kebal. Padahal dalam hati tengah retak seribu ketawa terbahak.



---


Malam Jumaat, Fara hantar lagi:


> “Izat, awak tahu tak? Doa orang bersungguh itu mustajab. Jangan salahkan saya kalau malaikat tolong percepatkan jodoh kita.”




Izat tengok skrin, gelak sambil geleng kepala. "Gila betul budak ni." Tapi hatinya, entah kenapa, rasa lembut setiap kali baca rayuan pelik Fara.


Hari berganti hari, minggu bertukar bulan. Sungguh Fara ni tak kenal erti penat.


Satu malam, Izat termenung. Kalau perempuan ni sanggup bersungguh sampai tahap ni… apa lagi alasan aku nak lari?



---


Beberapa minggu kemudian, Fara buka mesej WhatsApp. Terkedu.


> Izat: “Jom jumpa ayah awak.”




Mata Fara terbeliak. Tangan terketar. "Ya Allah, akhirnyaaaa!!!"



---


Epilog

Majlis nikah sederhana tapi penuh gelak tawa. Masa Tok Kadi tanya:

“Saudara Izat, adakah saudara menerima Fara sebagai isteri dengan mas kahwin…?”


Izat sempat jeling Fara yang tersenyum nakal. Dalam hati dia pasrah, Aku kalah. Dia bersungguh, aku tersungkur.


“Aku terima.”


Dan begitu saja, halal masculine touch yang Fara idamkan selama ini akhirnya jadi miliknya—sah, berkat, dan penuh cinta.



Comments